Tuesday, 30 May 2017

Sakit bawah perut 28 minggu kehamilan

Alahai dah 4 hari kesakitan bawah perut, sebenarnya risau juga takut terbersalin awal.

Lagi memang ada rekod bersalin pramatang dari Ali 35 minggu, Jaji 36 minggu dan Ahmad border line ngam-ngam 37 minggu.

Harap kali ni dapat lah bersalin cukup bulan...tapi harapan nampak macam tipis je 😅, nak masuk 28 minggu dah sakit.

Sabtu baru ni scan kepala baby cantik je landing kat tempat sakit.

Masa cakap pada doktor Mazlah, Doktor yang check up bulanan, terus doktor check air kencing.

Doktor cakap ada kotor sikit tapi tak perlu ambil ubat. Cukup minum air kosong banyak je.

Jadi bila sakit masih tak hilang, mulalah kepala ni nak mengugel info. Kalau ngandung yang lepas contraction se awal 30 weeks, tapi yang ni bukan contraction.

Cuma sakit, bila gerak je nak bangun, pusing kan badan masa baring, berdiri lama memang akan sakit.

Terpaksa bergerak perlahan-lahan😥, en. Asben pun risau, kalau boleh tak nak baby keluar awal, susah jaga baby pramatang ni.

Yang susah kalau kena kuning mesti lama. Kesian tengok anak asyik kena cucuk ambil darah je.

Dari pembacaan punca sakit bawah perut ni boleh jadi beberapa faktor, yang pertama 'berat baby' yang dah bertambah akan menekan sekitar otot rahim kita.

Itu yang kita akan rasa sakit bila otot boleh jadi tegang dan rasa macam 'cramp' sikit.

Selain pada tu boleh jadi juga 'air kencing kotor' ada kuman, memang boleh buat sakit sekitar bawah perut, bukan tu je contraction pun boleh terjadi kalau kencing kotor ni.

Kalau kita sakit perut atau ada jangkitan kuma diusus pun boleh jadi punca sakit perut ni.

Secara umumnya ini antara faktor biasa yang berlaku, bahaya atau tak itu kena rujuk dengan doktor yang merawat.

Selain pada ni, ada juga punca sakit yng bahaya, kalau keluar darah bercampur lendir. Kemungkinan boleh berlaku uri tertanggal dari rahim.

Kalau jadi macam ni, cepat-cepatlah pergi ke hospital. Bab keluar darah dan air ni memang kena rujuk hospital, jangan tunggu- tunggu ok 😀

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.