Monday, 15 May 2017

Mood 25 minggu Mengandung

Dah dekat jam 2 pagi, ini antara masalah biasa orang mengandung 25 minggu yang dah nak masuk trimester ke 3, payah nak tido😥

Pusing kanan tak kena, pusing kiri pun sama,  tulang belakang pula rasa ketat semacam. Tak mudah tapi keadaan ni la nanti akan dikenang bagi ibu yang tiba-tiba rasa nak tambah anak lagi 😄

Sebenarnya nak cerita bukan masalah fizikal sangat, sebab lumrah orang mengandung umur 35 ke atas ni memang tak dapat lari dari kesakitan, maklumlah otot dah tak kuat umur nak masuk 4 series 😂

Cuma nak luahkan perasaan tentang mood tak best yang sangat mengganggu sekarang...mood tak ada idea dan rasa penat nak balas msg dari pembaca yang bertanya info dari blog dan juga yg nak beli barang.

Buat masa ni memang rasa macam tak larat sangat nak reply msg yg masuk inbox dan whatsapp, maaf sgt sebab reply pun lambat.

Mungkin ada msg yg tertinggal dan tak balas langsung, minta maaf sekali lagi ya, kalau ada rezeki akan dibalas jg.

Harap jangan kecik hati, bukan mamalinablog ni sombong, cuma sekarang keadaan banyak luar kawalan.

Bisnes pun slow kesan dari kesihatan dan mood yang tak stabil😥

Mohon doakan urusan mamalinablog dipermudahkan...😀

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.