Thursday, 27 April 2017

Minum air gula masa mengandung

Harini agak memenatkan, dari pagi tak sempat rehat lama, dah nak masuk 23 minggu mengandung ni badan dah mula cepat letih sebab perut pun dah mula membesar.

Orang kata membawa perut 😂

Oleh sebab harini kena minum air gula kat klinik, jadi en asben kenalah ambik cuti untuk jaga hero 2 orang di rumah ni.

Bagi wanita mengandung upacara minum air gula antara prosedur yang paling tak best nak kena buat.

Kenapa kena minum air gula? Sebab nak kesan samada ibu mengandung ada kencing manis ataupun tak.

Jadi proses minum air gula atau mgtt ni tersangatlah penting untuk ibu mengandung yang dah berumur 25 tahun ke atas dan ada sejarah keluarga pengidap kencing manis.

Oleh sebab masa mengandung Ali pernah kena gdm, maka tiap kali mengandung terpaksalah minum air gula yang rasanya wow...bila minum mau jadi pening lalat kerana manisnya akan melekat kat anak tekak.

Proses minum air gula ni taklah lama macam buat bsp, tapi kalau ada anak kecil kenalah ada orang lain yang jaga masa kita nak minum air gula, mintalah suami cuti sehari jaga anak.

Prosesnya, bermula pada malam sebelum kena minum air gula di klinik

1. Kena puasa bermula jam 10 malam hingga keesoknya pergi ke klinik untuk ambil darah sekitar jam 8.30 pagi.

Lepas je doc ambil darah, kena minum air gula dalam 1 gelas.

2. Kena tunggu 2 jam sebelum darah diambil kali ke dua, masih kena puasa.

3. Lepas 2 jam datang ke klinik semula untuk ambil darah kali kedua.

Sebab minum air gula ni di klinik swasta jadi boleh balik, kalau kkia ada sesetengah nurse tak bagi balik.

Siap, dah boleh buka puasa, makan macam biasa.

Keputusan darah doc cakap akan keluar dalam 2 ke 3 hari, kalau dikesan ada kencing manis atau gdm kena lah buat prosedur lain pula yang dipanggil bsp untuk pantau gula dalam darah pula.

Harap oklah keputusan nanti 😥

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.