Saturday, 3 December 2016

Wanita yang berisiko Keguguran

Terdapat beberapa faktor risiko berlaku keguguran semasa kehamilan

1. Penyakit

Ibu hamil yang mempunyai penyakit seperti diabetes, darah tinggi, anemia lebih berisiko mengalami keguguran semasa hamil.

2. Umur 35 tahun ke atas

Wanita hamil yang berumur 35 tahun ke atas lebih berisko mengalami keguguran kerana faktor kesihatan seperti menurunnya tahap kesuburan dan berkemungkinan mempunyai masalah peranakan wanita seperti endometriosis dan sebagainya. Berdasarkan kajian juga kadar kematian bayi di dalam kandungan meningkat 10% semasa wanita hamil berusia 40 tahun.

3. Wanita yang mengalami lebih dari 2 hingga 3 kali keguguran sebelumnya

Sejarah kehamilan yang menunjukkan wanita telah mengalami keguguran lebih dari 2 kali akan memberi risiko untuk mengalami keguguran bagi kehamilan yang seterusnya.

4. Masalah kedudukan dan bentuk uterus/rahim 

Terdapat wanita yang dilahirkan mempunyai saiz rahim yang tidak normal dan sempit, akan memberi risiko kepada perkembangan janin semasa mengandung.

5. Pendedahkan kepada bahan berbahaya

Pendedahan kepada bahan berbahaya seperti larutan kimia dan radiasi juga memberi risiko kesan ke atas kandungan yang boleh mengakibatkan keguguran berlaku pada tahap awal kehamilan.

6. Pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat

Kecenderungan mengambil makanan dan minuman seperti minuman beralkohol, bergas, tinggi kandungan pewarna dan perasa tiruan serta merokok juga boleh memberi risiko keguguran kepada ibu hamil.





No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.