Saturday, 3 December 2016

Jenis-jenis Keguguran Kandungan


Semasa proses keguguran berlaku, terdapat jenis-jenis keguguran yang akan diklasifikasi oleh pegawai perubatan ataupun doktor. Jenis-jenis keguguran yang berlaku akan ditentukan berdasarkan tanda-tanda yang dialami oleh si ibu.

Dalam terma perubatan. terdapat 6 jenis keguguran yang biasa dihadapi oleh ibu hamil. Jenis keguguran tersebut adalah

1. Threaten Abortion (Gugur Ugut)
Terdapat pendarahan tanpa disertai simptom yang lain seperti sakit perut kuat dan sebagainya. Jantung masih dikesan berdenyut.

2. Incomplete Abortion (Gugur Sangkut)
Terdapat serpihan tisu-tisu dalam rahim yang mula keluar bersama pendarahan. Berlaku kekejangan sekita bawah perut dan pinggang.

3. Complete Abortion (Gugur sempurna)
Janin keluar sempurna, tanpa sebarang serpihan tisu berlaku.

4. Inevitable Abortion (Gugur Bentan)
Tisu-tisu dinding rahim mengalami kecederaan dan pintu rahim terbuka

5. Missed Abortion (Gugur bangkai/kecacatan kehamilan)
Janin tidak membesar dan tiada degupan jantung, tiada serpihan tisu atau pendarahan yang keluar.

6. Septic (infection) Abortion (Gugur Sawan)
Jangkitan kuman telah berlaku ketika pembentukan janin yang masih ada atau telah keluar.

7. Recurrent Abortion (Gugur Badai/gugur berulang)
Berdasarkan kajian wanita yang mengalami keguguran berulang didapati membina antibodi sendiri apabila hamil, lalu badan akan secara auto menolak janin yang sedang dikandung melalui proses keguguran.







No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.