Monday, 5 December 2016

Cara makan Cuka Apple (Apple Cider)



Cuka Epal antara bahan terbaik yang boleh kita guna untuk bantu turunkan berat badan. Persoalan ni timbul sebab sekarang saya sedang 'on' program nak kurangkan berat badan. En. Asben dah mula tegur, shape dah hilang :D.

Sebenarnya kalau En. asben tak tegur pun, sendiri memang dah rasa tak selesa. Badan dah mula rasa berat, dan 'confirm' BMI memang dah berlebihan. Jadi, dari minggu lepas memang dah plan  kena jaga 'diet' untuk dapat berat badan ideal semula.

Kalau ikut pengalaman sendiri sebelum ni program diet akan berakhir dengan 'pertambahan berat badan'. mula-mula je semangat. Bila sampai tahap tak boleh kawal selera, terus makan secara berlebihan tak ingat dunia. Akhirnya...program diet tinggal kenangan ^^

Okay Lah, menjawab persoalan diri sendiri yang memang sangat cerewet dalam buat pemilihan supplemen atau ubat-ubatan. Dos pengambilan supplemen/ubat antara perkara utama yang memang saya beri penekanan. Tak mahu kalau tersilap ambil akan bagi kesan negatif atau langsung tak bagi kesan pada kita.

Jadi, Cara makan cuka epal ni boleh rujuk dibawah

Berapa sudu Cuka Apple (Apple Cider) boleh diambil sehari?
Dos cuka epal atau Apple Cider (ACV) ni dicadangkan ambil maksimum 2 sudu teh sahaja sehari.

Cara minum?
1. Boleh campur satu sudu teh dengan segelas air kosong.
(minum guna straw untuk jaga enamel gigi kita, cuka epal ni asid nya tinggi)

atau

2. Bancuh 1 sudu teh cuka epal dengan sedikit madu untuk hilangkan rasa cuka epal yang kurang sedap. Sesetengah orang memang tak suka bau cuka epal ni. 'But i likess!


Bila dah tahu berapa dos cuka epal yang boleh diambil sehari, jadi plan sekarang nak minum segelas air (1 sudu teh) lepas makan tengahari dan segelas air cuka epal (1 sudu teh) sebelum tidur. Ini disebabkan Cuka Epal bermanfaat merawat masalah orang yang susah nak tidur (insomnia)

Jadi kalau anda ada penyakit insomnia, amalkan minum cuka epal, insha Allah lepas ni boleh tidur dengan mudah. Mana nak beli?

Beli kat Lazada je mudah!!





Bila dah dapat cuka epal nanti, bolehla mula diet dengan lebih berkesan. Tujuan utama saya mulakan diet dengan cuka epal, kerana cuka epal kaya dengan acid malic yang akan bantu kita bersihkan segala plak kekotoran yang tersangkut dalam organ dalaman kita terutama hati.

Jadi bila sistem organ dalaman kita dah bersih, kadar penyerapan makanan yang kita ambil akan maksimum dan bantu kita lebih sihat. Selain itu cuka epal ni mampu berfungsi sebagai ejen mengurangkan selera makan. Sebab tu cuka epal diiktiraf antara ramuan yang boleh membantu menurunkan berat badan.


No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.