Tuesday, 13 December 2016

Ayam bakar serai

Semalam cuti masa lunch ambil peluang buat ayam bakar serai kali ke 2.

Resepi sendiri, kali pertama buat hari tu, tak berapa kena dengan taste sendiri. Tapi En Asben suka 😅

Kali ni baru ok sikit rasa, ini antara resepi ayam bakar mudah tak payah perap.

Bahan-bahan
3 biji bawang besar saiz sederhana
3 ulas bawang putih
3 batang serai ( 1 batang utk membakar)
1/sudu kecil lada hitam
1 hiris lengkuas
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 ketul gula melaka
Garam secukup rasa
(Kisar semua sampai lumat)

Ayam sekor saiz sederhana siap potong.

Cara buat,
Gaul semua ayam dengan bahan kisar.
Panaskan pemanggang/kuali
Sapukan sedikit minyak, letak sebatang serai yg dah diketuk
Bakar ayam sehingga masak.

----------------

Pencicah/sos ayam bakar.

Bahan-bahan
6 biji cili padi hijau
3 sudu besar air asam jawa
Gula melaka
Garam
Cuka
Belacan (pilihan)
(Kisar semua bahan)



No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.