Friday, 2 December 2016

Apa itu Keguguran?

Merujuk kepada terma perubatan, keguguran biasanya berlaku pada peringkat awal kehamilan iaitu kandungan yang berusia 20 minggu ke bawah.

Keguguran boleh berlaku secara spontan dan mengikut kajian hampir 15-25% kehamilan akan berakhir dengan keguguran. Bagi kandungan yang berumur 20 minggu ke atas yang mengalami keguguran pula disebut sebagai 'late miscariage'. Keguguran adalah proses semulajadi, ia berbeza bagi kes 'pengguguran' secara paksa.

Semasa proses keguguran berlaku, kebanyakan wanita akan berasa keliru mengenai status kesihatan kandungan mereka. Ada juga wanita yang telah lewat datang haid tidak menyedari bahawa mereka sedang mengalami keguguran. Perkara ini biasa terjadi pada wanita yang mengalami masalah 'period tak stabil'.

Kebiasaannya kandungan didapati bermasalah apabila tanda-tanda awal keguguran berlaku seperti pendarahan, sakit bawah perut, kejang sekitar perut seperti orang yang mengalami senggugut. Kesan jangka panjang ibu hamil akan kehilangan tenaga dan berasa lemah ketika proses keguguran berlaku.



No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.