Tuesday, 8 November 2016

Buang Batu Karang Hempedu

Memandangkan ramai pembaca yg agak keliru dengan entry pertama masa buat petua buang batu karang dalam hempedu sebelum ni, sebab yg sebelum ni buat dalam bulan puasa, saya janji dengan sorang akak di sg. buloh untuk share info ringkas untuk beliau dan pembaca yg lain.

Seperti sebelumnya, tujuan saya kongsikan petua ni sebagai usaha saya utk berkongsi pengalaman. Petua ni sebenarnya dah dibuat hingga ke peringkat global, bukan orang cina je, mat salleh pun dah buat dan diaorang lagi advance dari kita.

Petua ni juga pernah dikongsi oleh Dr. Hamid Arshat dalam fb beliau. Melalui fb beliaulah saya dapatkan info dan testimonial untuk buat petua ni, kalau tak saya sendiri memang tak berani nak buat. Bagi anda yang nak buat petua ni, sebarang komplikasi adalah dibawah tanggungjawab sendiri ya. Setiap orang reaksinya tak sama.

Jadi bagi anda yg ada sebarang masalah kesihatan yg lain atau sebarang penyakit kritikal, lebih baik merujuk kepada pihak yg bertauliah sebelum buat petua ni.





Hari 1-6 Minum 1 liter Jus Epal setiap Hari.

Cara buat Jus Epal
Cara 1 : 5 biji Epal Hijau (buang/tidak buang kulit)  diblend dengan 1 Liter Air  dan tapis (simpan dalam freezer, minum 4 kali sehari, habiskan)

atau

Cara 2: 3 biji Epal diblend dengan 500ml air - minum siang
2 biji epal diblend dengan 500ml air -minum malam

Anda boleh pilih cara 1/2 untuk minum jus Epal tersebut.

Makan nasi seperti biasa, kurangkan makanan yg berminyak

Hari Ke 6
Minum jus epal dan makan seperti biasa waktu siang.

Bermula Pukul 6.00 Petang minum satu sudu kecil garam epsom dibancuh dengan setengah gelas air suam,
 anda perlu mula berpuasa

Pukul 8.00 malam minum satu sudu kecil garam epsom dibancuh dgn setengah gelas air suam sekali lagi.
(Rasa garam sangat pahit, sediakan air kosong lain untuk bilas rasa pahit mulut anda secepat mungkin)

Tidak boleh makan dan jika haus hanya boleh minum sedikit air kosong, untuk hilangkan dahaga.

Pukul 10 malam
Minum minyak zaitun (125ml)  + perahan pati lemon(125ml) Dapatkan anggaran 250ml
(Digalakkan suamkan dahulu cawan didalam air panas utk mudahkan campuran minyak zaitun dan pati lemon)
Digalakkan minum sekali teguk untuk habiskan campuran.



Slepas minum digalakkan untuk terus tidur, dan dalam masa 3 hingga 4 jam anda akan merasa untuk buang air besar, batu hempedu yg telah lembut akan keluar semasa proses buang air besar. Bewarna kehijauan.

Keesokkanya anda boleh makan seperti biasa. petua perlu diulangan selepas 1 bulan, selewatnya 3 bulan. Kerana kali pertama remedi tidak akan mengeluarkan semua batu karang yg berada dalam hempedu.

Petua ini tak menjamin batu karang berjaya keluar, jika batu karang terlalu besar, petua ini agak tidak membantu dan sebaiknya rujuklah  ke hospital untuk rawatan lanjut.








No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.