Friday, 4 November 2016

Anak IKUT sikap kita

Lama tak update blog, sejak sibuk dengan bisnes online ni, memang kurang sangat masa nak tulis kat blog lagi. Lagi si kecik Ahmad dah makin pandai...utak utiob ..Dia je la yang konker pc.

Nak tulis blog dari henfon agak susah la sikit, sebabb formatnya lain..ikutkan banyak sebenarnya info yang nak kena update dalam blog ni. Tapi...banyak punya tapi kan..hidup kalau banyak alasan memang tak kemana.

Ntahler...dua tiga hari ni feeling semcam je, tak tahu nak cakap macam mana, cukup katakan...setapak diri ditinggalkan, menyebabkan kaki sendiri menapak 3 langkah ke belakang...tak faham?? Tak payah fahamlah hahahaha

Orite lets go to reality life, target buat masa sekarang serius, nak 'plan baik-baik' untuk didik anak-anak berjaya didunia dan cemerlang diakhirat. Ada 4 orang amanah yang nak kena dididik sepenuh hati. Kalau diri masih lalai dengan urusan lain. Tengok...anak yg dulu kecik cenonet sekarang dah makin pandai...how time flies...Ahmad dah nak cerai susu dah :(

Masa sangat cepat berlalu, bila tengok anak semakin membesar rasa banyaknya kekurangan dalam diri dalam usaha mendidik anak untuk pastikan diaorang ni membesar jadi hamba Allah yg diredhai Allah. Bukan tengok perangai anak....tapi tengok pada 'Diri Sendiri'...anak biasanya tak dengar sangat apa yg mak ayah cakap, tapi sangat mudah 'IKUT' sikap mak ayahnya..Allah..

Apapun, sementara ada peluang ni, memang bertekad...walaupun tahu tekad je lebih, actionnya...tahi ayam, untuk jadi contoh yg baik kepada anak-anak. Walaupun sejarahnya mamanya ini datang dari keluarga berpecah belah. Tak akan itu nak dijadikan alasan untuk tak mencari kebahagiaan kan..Allah lebih tahu apa yang kita tak tahu.

Kita mungkin boleh rancang, tapi segala urusan perjalanan hidup tetaplah dibawah ketetapan Allah. Usaha dan doa semoga boleh istiqamah dan diberi pertunjuk oleh Allah s.w.t dalam menunaikan amanah dan tanggungjawab.

Apapun, mama sayang Kakak, Ali, Jaji dan Baby. Semoga kalian berjaya didunia dan cemerlang diakhirat

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.