Saturday, 20 August 2016

Jadi stokis/ejen Ekstrak Kacip Fatimah UTM



Dah lama sebenarnya nak buat entri ni, eh tak lama sangat, tak sampai sebulan pun lagi jadi 'mini stokis' sah untuk produk UTM, terutama Ekstrak Kacip Fatimah UTM.

Nak cerita sikit rentetan perjalanan nak jadi stokis sebenarnya dah lama...sebelum keguguran lagi. Tapi masa tu tak pernah makan pun, cuma tahu bila dengar ceramah Ustazah Norhafizah. Masa tu memang dah tertarik dengan ekfutm ni, singkatan kepada Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM

Masa excited tu memang cari stokis nak buat dropship je, cari punya cari tak jumpa, ada jumpa satu, tengok dah tak aktif niaga. Last dapat juga satu stokis besar kat area selatan. Terus hantar email, tanya macam mana kalau nak jadi pengedar, alhamdulillah stokis jawab dan bagi syaratnya.

Tapi masa tu yang jadi masalah utama 'modal' tengok modal terus rasa alamak, macam ni tak boleh lah nak jadi pengedar memandangkan modal nya agak besar bagi surirumah kan. Jadi cerita lupa macam tu.

Lepas keguguran awal tahun aritu terus fikir nak kena jadi pengedar juga sebab tahu ekfutm ni memang bagus produknya. Jadi email semula stokis di selatan, tanya balik syarat terbaru nak jadi pengedar. Alhamdulillah, memang baik stokis tetap layan, padahal dah setahun,  tak juga confirm nak jadi pengedar diaorang. minta maaf sangat-sangat.

Last bulan lepas, fikir lagi nak juga buat bisnes online secara serius, fikirkan banyak lagi komitmen kewangan nak kena selesai. Tak kan nak harap En.asben sorang je. Ikutkan memanglah cukup belanja, cuma bab orang kata, kita ni nak la juga jadi anak berbakti pada orang tua, nak hulur duit bulan-bulan, nak hantar orang tua pergi haji, nak juga bawa pergi melancong.

Bukan pasal tu je, hati ni 'berkobar' nak buat bisnes online, yang paling utama nak selesaikan segala hutang piutang, sebolehnya sebelum mati nak clear segala hutang dunia ni. Tak ada esok merangkak kat masyar nak tanggung. Astaghfirullah.

Satu lagi,,,ha banyak sangat 'big WHY' tujuan buat bisnes online secara serius, sebab nak hantar anak sekolah integrasi TAHFIZ. Owh pasal ni dah pernah tulis, si kakak memang kitaorang hantar integrasi tahfiz dari darjah satu lagi. Senang cerita, sekolah swasta ya, deposit setiap kali nak daftar kena ada RM1k keatas, setiap tahun, yuran bulanan RM400 ke atas .. Serius....ini agak menyedihkan sebab tahun ni kitaorang terpaksa tukar si kakak ke sekolah biasa, sebab tak dapat cover deposit. Company En. Asben bekerja tak ada benefit bonus tahunan, Alhamdulillah rezeki anak-anak baru ni dapat tukar company ada balik bonus tahunan.

Jadi, nak atau tak terpaksa tukar sekolah juga. Semua ni buat rasa macam betul down, sebab tak dapat sediakan peluang belajar yang baik untuk si kakak. Bukan kata sekolah biasa tak bagus,, bagus juga. Cuma sek keb biasa tak adalah kelas hafazan Al-Quran secara intensif, Bagi budak darjah 5 dah hafal lebih 2o surah lazim dan ngaji sampai juzu'15 Al-Quran, dikira pencapaian agak baik kalau nak banding dengan mak bapa nya dulu lah. Tapi bagi taraf Tahfiz agak ketinggalan juga.

Okay, panjang pula cerita pasal sekolah. Si Ali pun tahun depan dah nak masuk darjah satu...

Sambung pasal stokis...

Bila dah dapat syarat baru nak jadi stokis/pengedar dari main stokis di Selatan, terus buat-kira-kira, rasa macam dah boleh mula dengan modal yang cukup-cukup je ada. Siap dah tulis email ni nak confirm, bila tiba masa nak tekan 'SEND' email, tiba-tiba TERFIKIR kenapa tak ambil stok kat KL je, jimat kos postage....terus tak jadi hantar email, dan Alhamdulillah stok boleh diambil di KL je.

Senang sikit kerja, dan senang nak uruskan stok untuk ejen dropship sendiri ye tak. Bagi yang berminat nak jadi ejen dropship, boleh pm di page Mama Lina Blog ya

Nak jadi ejen DROPSHIP KLIK SINI----> Mama Lina Blog









No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.