Thursday, 18 August 2016

Cabaran seorang Usahawan

Dah lama tak update blog ni, lepas buat keputusan fulltime bisnes online, terus terang memang sangat sibuk. Banyak sebenarnya kerja yang nak kena siapkan. Alhamdulillah dalam sibuk-sibuk pun Allah s.w.t masih bagi kelapangan untuk selesaikan banyak kerja yang tertangguh.

Salah satu kerja yang tertangguh nak update segala info dalam instagram yang baru dapat dari adik. Insta tu dah guna sebelum ni untuk bisnes shawl, tapi...apa yang boleh dikatakan masa  delete setiap gambar shawl dalam insta, setiap tu juga hati rasa pilu ..dalam fikiran, aku delete gambar-gambar shawl yang cantik ni setiap satu, dan pada masa yang sama terbayang setiap keringat dan titik peluh adik yg bersusah payah naikkan bisnes beliau dari kosong hingga ada brand sendiri. Tapi malang,,,Raya tahun ni segala usaha bertahun hilang umpama ditiup angin...

Tak terbayang kalau saya yang duduk ditempat beliau...bisnes rugi, segala simpanan habis diguna pakai. Allah tak dapat dibayangkan...cuma orang yang tabah je mampu diuji seberat itu.

Kalau lah saya ada kemampuan, serius saya tak akan biarkan dia tanggung segalanya sorang-sorang. Tapi apa daya yg ada. Sayapun baru menapak kedunia bisnes secara serius. Mana mungkin baru 3 minggu bisnes dah boleh dapat untung beribu-ribu..saya bukan 'perfect'.

Sebenarnya banyak yg saya belajar dari kes adik sekarang, saya tahu dia memang kuat dan mampu bangun semula. Masa dulu dia dah banyak bagi ilmu pada ejen dia cara bisnes online. Ilmu yang dia ada langsung tak kedekut dia share pada ejen-ejen tudung dia.

Terus terang saya sendiripun banyak dapat ilmu dari dia, dari dia baru saya nampak 'flow' bisnes online ni macam mana. dari dialah saya dapat ilmu-ilmu yang saya sendiri tak pernah tahu sebelum ni. Sampai sekarang saya tetap rasa dia lebih mahir dalam bisnes online. Untuk bawa naik jenama hingga ke peringkat 'jenama' tersebut ada 'nilai' untuk dijual. Bukan kerja mudah.

Saya mohon kalau anda yang baca entri ni, doakan adik saya bangkit semula dalam bisnes dia, tolong doakan semoga dia diberi kelapangan dan kemudahan dalam setiap urusannya. Semoga satu hari nanti dia berjaya menjadi usahawan berjaya. Insha Allah...

"Jika kita rasa keseorangan, percayalah masih ada insan yang tak pernah jemu mendoakan kita"



No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.