Friday, 15 July 2016

Stress dan Kita

Orang kata mama yang cepat stress ni, jenis nak perfect...
Betul rasa nya, hari ni lepas zohor tadi rasa macam stress sangat..

Tak boleh langsung dengar anak-anak nangis, bergaduh, merengek.

Bila dengar je, rasa macam nak rotan semua. Rasa marah betul, sampai sesak nafas Jap.
Tadi lepas goreng kan kentang untuk anak minum petang. Rasa lega sikit, diaorang pun dah kurang meragam lepas dapat kentang masing2.

Sempat terpikir, pesal la sekarang cepat benor Naik angin. Ala hormon tak stabil je.
Ikutkan anak memang lah budak kecik, ada masa buat perangai, si jaji sejak berenti minum susu dlm botol, cepat sangat nak mengamuk.

Si baby, macam biasa kalau lambat bagi susu memang lah meragam.
Fikir semula...tengok diri sendiri,sahla...diri sendiri yg tak boleh nak lalui,, semua nak perfect.

Kalau boleh lantai kena clear dari semua mainan. Padahal dah 3 hari block kayu mainan bersepah.
Kalau boleh semua kain baju susun kemas dalam almari, padahal dah 2 hari Cubaan nak kemas kain tak berjaya...
Kalau boleh tak da sebijipun pinggan Kotor dalam sinki, padahal belum sebijipun pinggan sempat cuci dari malam tadi...

Semua ni boleh jadi punca stress,, nak rumah kemas macam hotel, tapi keupayaan nak buat terbatas...
Badan penat,, supplemen pun dah lama tak ambil. Berurutpun dah lama tak buat. Dah macam mana tak stress.

Hidup bila nak semua nya perfect, memang akan terbeban. Terpikir hidup orang lain...bukan hidup orang yang ada segala nya...
Tapi hidup orang yg langsung 'tiada',  hidup sebab  jantung masih berdenyut saja. Hidup hanya berteman kenangan suami, anak tersayang...

Hidup dalam perlarian...hidup terbuang
Di negara orang...hidup sebagai mangsa perang....Syria,myanmar,china...Palestine...

Ya Allah....mana hati stress yang tak tahu bersyukur ni...mana....

Agaknya stress tak masa menulis ni,,, alhamdulillah...terasa beban ringan sedikit.
Dah tahu mana kesilapan-kesilapan diri..

Terlupa untuk bersyukur...atas nikmat Allah bagi, nikmat ada anak2, nikmat ada suami, nikmat ada keluarga...

Sedangkan ramai lagi Kat luar sana...yg tak punya apa...ya Allah ampunkan dosa hamba.

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.