Friday, 22 July 2016

Bisnes oh bisnes

Aishh tak tahu nak cerita dari mana, dari dululah masih tak selesai isu nak berbisnes. kalau orang suka bisnes mesti tahu kan perasaan ni...haha tidur tak lena memikir bisnes.

Tapi...perasan tak, mama, ibu, yang suka bisnes, bila ada plan besar je, dah nampak cantik hujung tu yang keluar isu anak ....bukanlah nak kata anak tu sebagai penghalang pula.

Maksudnya, bila kita nak bisnes, hal anak dulu yang kita akan fikir, mesti terfikir, siapa nak jaga anak, siapa nak ajar tuisyen anak, siapa nak urus makan minum anak bila kita 'sebuk benor' nak berbisnes.

Orang tanya saya, pehal la kak sibuk sangat nak berbisnes. laki tak mampu tanggung ke? Tak adalah sampai macam tu kalau tak mampu tanggung tak kanlah dah 6 tahun kau akak ni full time housewife.

Sebenarnya sebab minat,,serius minat nak ada bisnes sendiri, dan nak cepat selesaikan hutang piutang 'peribody' haha. itupun En. asben dah tolong sangat. Cuma kalau nak harap beliau sorang lambat lagilah nak selesainya.

Tak ada kerja lain ke nak buat selain bisnes....susah nak kata, sebab hanya kerja 'bisnes' yang kita ada masa yang 'flexible' nak kata banyak masa tu, tak la juga, ntah lagi busy dari orang kerja ofis. Ni ha dah dekat jam 3 pagi tak tidur lagi kan....fikir sendirila ya

Satu lagi akak ni memang belajor kos bisnes zaman kampus dulu, dah macam mana...dalam kepala asyik dok fikir bisnes je .

Tapi..itulah,, jauh sudut hati rasa tak layak lagi nak bisnes sepenuh masa. Sebab...kesian anak-anak, bila mamanya sibuk berbisnes, nak semak homework diaorang pun tak sempat. Dahla si kakak nak exam UPKK tahun ni.

Walau dalam jiwa ni melompat-lompat nak keluar berbisnes, nak buka booth, nak buka kedai, nak keluar sana sini, tapi sabar je, sebab buat bisnes online, nak pergi pos barang pun tak lepas kikiki..dah macam mana. sedarlah dirikan...

Dapat buat dropship pun kira dah bagus. Jadi, kalau anda tanya 'kak nak cod vco esok sebotol ke putrajaya' maaflah sayang, akak simpan stok makan sendiri je, yang lain stok semua pada supplier.

Yang pasti supplier confirm trusted, dan dijamin sebarang massalah, duit korang tak adanya diaorang nak bawa perlari. Siapalah peniaga tanpa pembeli kan....siapa nak rugi. Orang nak bisnes lama. betul tak?

Oklah bagi yang nak cari Minyak kelapa dara @ VCO boleh pm kat FB BLOGSHOP...tu ada kat atas, kebanyakan brand ada. jangan risau kalau ambil banyak, akak boleh bagi harga kasih sayang










No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.