Monday, 7 March 2016

Bisnes Pilihan

Hmm....tiba-tiba rasa nak menulis disini pula, sibuk dengan FB, sampai tak update blog. Dulu blog nila tempat berkongsi ilmu, meluah rasa, hilangkan boring.

Sekarang, FB pula, bila dah buat keputusan nak 'bisnes online' secara serius, bermakna kita terpaksa, terlibat 100 persen untuk bisnes yang kita dah buat keputusan nak 'join'

Oh ya,ya lupa nak bagitahu keputusan besar apalah sangat yang dah dibuat sebelum ni. Haha, yoyo jekan, konon nak 'saspen'. Tak adalah besar sangat sebenarnya, kalau orang yang dah pakar dalam bisnes tengok,lorr...ini ke bisnes yang nak dibuatnya. Macamlah juta-juta huhu.

Apapun, mungkin bagi orang lain, untuk buat bisnes ' bukanlah isu besar' dalam menentukan keputusan, nak buat atau tidak. Tapi bagi orang yang serba kekurangan macam saya ni, keputusan kali ni agak berat.

Dengan sumber kewangan yang terhad untuk mula, dengan tanggungjawab lain yang perlu diselesaikan dulu. Boleh dikatakan agak terbeban. belum ditambah rekod buruk buat bisnes sebelum ni, separuh jalan.

Macam mana en. Asben tak risaukan, tak payah kata orang sekeliling yang risau, Diri sendiri ni pun pada mulanya memang RISAU, bimbang, takut akan buat kesalahan yang sama macam bisnes atau projek sebelum ni.

Semua tu melibatkan 'kos', sebolehnya dalam keadaan kos sara hidup yang mahal sekarang, untuk mulakan bisnes, kita perlu minimalkan modal sekecil mungkin. Tapi bagaimana MUNGKIN?

Ikutkan saya ada dua bisnes nak buat, tapi lepas kena 'filter' dengan En. Asben, saya terpaksa pilih satu saja. Sebab,punca kegagalan bisnes/projek masa lalu, dah dapat dikesan. Puncanya sebab tak 'FOKUS'

Saya tak tahu orang lain macam mana, tapi saya antara 'manusia' yang bila dapat idea, untuk buat sesuatu, saya susah nak behenti berfikir, dan asyik fikir, punya fikir, dan fikir akhirnya 'tindakan' saya tinggal 5%....habis dah tenaga berfikir.

Jadi, macam manalah nak sukses kalau asyik berfikir tapi tak bertindak? Bila saya mula 'belajar' dan cari ilmu lagi tentang bisnes, rupanya baru saya nampak, banyak kesilapan saya sebelum ni.

Bagi pastikan kesilapan yang sama tak berulang. Nak atau tak saya kena pilih satu sahaja 'bisnes' yang saya boleh buat. Walaupun keinginan saya nak buat kedua-dua bisnes ni amat kuat. Serius...

Lorh...sampai sekarang tak bagitahu 'bisnes' apa yang nak dibuatkan, Maaf, sebolehnya nak promo lepas 'handphone' dah ok. Ikutkan hati yang gedik ni rasa tak sabar dah nak bagitahu secara formal. Padahal, kalau anda yang follow saya mesti dah dapat agak kan, bisnes apa yang nak dibuat. Betul tak?

Oklah, tunggulah handphone ok dulu, memang saya akan update kat sini. Mesti punya.




No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.