Wednesday, 3 February 2016

Tanda dan Rawatan Keguguran

Oklah, bagi ibu-ibu mengandung, pertama yang perlu kita tahu, pendarahan atau Turun Darah sedikit masa mengandung adalah perkara normal pada peringkat 'awal kehamilan' dalam 10 minggu ke bawah.

Dikatakan pendarahan mungkin berlaku sedikit semasa proses penempelan sel senyawa ke dinding rahim. Tapi pastikan sedikit je, bukan darah banyak sampai penuh satu pad.

Perlu ke pergi ke hospital?

Sebaiknya pergilah ke hospital untuk dapatkan pengesahan doktor keadaan kandungan kita. kebiasaan kandungan yang berumur 8 minggu ke atas dah boleh dengar degupan jantung janin. Dari situ doktor boleh tentukan samada kandungan kita ada taupun tidak. Kalau mesin scan yang jelas boleh nampak juga janin yang ada.

Masa nak pergi hospital minggu lepas, sebenarnya saya 'konfius' aku ni nak kena pergi bahagian mana, pergi bahagian kecemasan ke terus ke O&G.

Ok, jawapannya, anda pergi dulu ke bahagian Kecemasan biasa, sampai sana akan ada doktor yang akan check anda, kalau dah ada buku merah bawa sekali, ic pun jangan lupa. Cakap di kaunter daftar, ' saya mengandung, berapa minggu dan sekarang ada pendarahan'. nanti diaorang akan bagitahu apa yang perlu buat.

Bila jumpa doktor, pastikan kita boleh bagi maklumat macam dibawah

1. Usia kandungan
2. Tarikh hari pertama 'last period'
3. Tarikh buat UPT test
4. Tarikh mula turun darah *kes kalau tak terus pergi ke hospital lepas pendarahan.
5. Berapa banyak darah yang keluar berdasarkan pad yang kita pakai.

Ada lagi yang akan doktor tanya, tapi maklumat yang diatas ni penting untuk kita ingat supaya doktor senang nak diagnos keadaan kita. jadi proses rawatan akan jadi lebih cepat. Bahagian emergency, doktor selalunya sibuk.


Dalam kes tertentu, ada juga gugur tapi darah tak keluar, cuma janin didapati tak ada 'heartbeat' dan kadang-kadang ada juga kes kantung kosong. Untuk kes macam ni perlukan rawatan lanjut dan kebiasaanya akan dirujuk pada pakar O&G


Boleh tak saya tak perlu pergi hospital dan biarkan janin keluar sendiri.

Boleh, tapi jika berlaku 'keguguran tak sempurna' dimana ada cebisan janin yang masih tertinggal dalam rahim, itu boleh beri komplikasi jangkitan kuman pada kita. Seeloknya 'gugur sempurna' atau tak, pergi je la hospital supaya doktor boleh scan dan pastikan kita sihat dan selamat.

Saya takut DnC, dengar cerita sakit kena DnC.

Tak semua keguguran perlukan DnC, kalau 'complete miscarriage' DnC tak diperlukan. Bagaimana nak tahu keadaan keguguran tersebut, bila janin dah keluar, ambil gambar dan tunjukkan pada doktor.

Untuk kes saya hari tu, saya tak teringat pun nak ambil gambar. Tapi nasib baik dah 'gugel' rupa janin' complete miscarriage', jadi dapatlah jelaskan pada doktor rupa janin yang keluar.


Bagaimana dengan Janin yang dah keluar?

Bagi keguguran bawah 12 minggu, cukup sekadar bersihkan dan tanam sekurangnya satu kaki setengah ke dalam tanah, untuk elakkan diganggu anjing dan sebagainya, ditambah janin masih belum ditiupkan roh. tak perlu ditanam di perkuburan.

Ok,, dah mula rasa penat menaip, dalam pantang tak digalakkan duduk lama. nanti free, ahkak sambung tulis lagi.

Sabarlah ye ibu-ibu senasib dan diri sendiri. setiap perkara ada hikmahnya.





2 comments:

  1. Assalam kak...tq kongsi ilmu. Sy baru keguguran 12mggu. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, takziah, semoga kita tabah dan sentiasa positif.

      Delete

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.