Wednesday, 3 February 2016

Pengalaman Keguguran 8 minggu

Tak tahu nak mula dari mana, hari ni cukup 6 hari dalam pantang gugur. Rasa tak percaya pun ada juga, walaupun dah redha bukan rezeki kali ni.

Dalam-dalam redha tu kadang-kadang sayu juga rasa bila teringat anak yang dah ditakdir pergi dalam usia 2 bulan dalam rahim. Sebab masa doc scan 'baby' hidup lagi, ada heartbeat, pembesaran pun normal, walaupun darah dah keluar makin banyak.

Sebenarnya ramai je yang lalui pengalaman gugur ni, tapi bagi yang dalam hati ada taman ni memang emosional lebih sikit dari orang lain.

Tambah tak terfikir diri sendiri pula yang lalui proses 'keguguran'. Ingatkan mengandung kali ni, berjalan lancar macam sebelum-sebelumnya.

Dah tahu mengandungpun aktif uruskan tanggungjawab macam biasa. Buat kerja berat macam biasa, angkat kain nak sidai sebakul, angkat Ahmad bawa pergi mandi. Angkat jaji lompat pagar dapur.

Pendek kata macam orang tak mengandungla. Sebab yakin rahim kuat, tak akan ada masalah gugur ni. konfiden lebih. bukan apa ditambah mengandung kali ni rasa mabuk tu kurang, kadang-kadang terlupa' eh aku 'pregnen' rupanya. Adoi la..

Masa start hari pertama turun darah, tup...rasa macam kepala kena ketuk, 'eh apa ni, macam mana boleh jadi macam ni, alamak nak kena buat apa ni' sedikit panik. Sebab tak ada pengalaman mengandung tapi darah keluar macam orang 'period'.

Terus 'gugel' cari info, alhamdulillah dapat banyak info yang sangat membantu, terima kasih blogger yang rajin kongsi pengalaman, banyak pahala bagi bantuan maklumat pada ibu yang 'kali pertama' alami keguguran. Yang tak tahu nak buat apa, blurr walaupun dah mengandung berkali-kali.

Betullah,, orang kata, kalau kita tak pernah lalui keadaan tertentu kita tak akan faham dan macam tertanya-tanya perlu buat apa ni. Nak pergi hospital terus ke, nak tunggu dua tiga hari, aku ni keguguran ke cuma 'bleeding' sikit. Ke normal 'bleeding' awal kehamilan.

Haha 'fenin' nak menjawab soalan dalam kepala sendiri. Apapun bila dah baca info pengalaman keguguran ibu-ibu lain, barulah nampak 'jalan' apa yang patut buat. Tanya pula mak kat kampung, dapat lagi info baru. Jadi hari ni kita share pada ibu yang sedang alami masalah yang sama.

Insya Allah, semoga serba sedikit boleh dijadikan panduan bersama.


KLIK ---> TANDA KEGUGURAN



No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.