Tuesday, 16 February 2016

Memori dan sahabat

Lepas habis pantang je, tiba-tiba angin nak cari semula kawan-kawan lama di FB, bila tengok rupa masing-masing ada yang menten ada yang dah lain. Cuma terfikir, hidup sedar tak sedar berbelas tahun tak pernah bertegur sapa dengan sahabat handai yang dulu pernah kita kenal.

Hidup agak pelik, sebab bila di FB kawan yang dulu antara yang paling rapat tiba-tiba jadi yang paling renggang di alam maya. Cuma terfikir macam mana nk gathering kalau fat FB pun senyap sunyi je kan

Sebenarnya bukan katakan orang lain. Tapi kata pada diri sendiri. Dulu rasa macam tak perlu kot nak hubungi kawan-kawan lama, rasa 'tak dan' dengan urusan hidup sendiri ada masa baik ada masa tunggang langgang.

Tipulah kalau kata hidup 'happy sokmo' ye tak. Cuma bila dah sibuk dengan urusan sendiri, mana ada masa nak fikir orang lain. 

Teringat lagi pada kawan lama arwah Noreen, walaupun masa kat sekolah bukan lah geng tapi keramahan dia yang sentiasa senyum dan 'happy' bila jumpa kita, ya Allah bila tau dia meninggal, menitik juga air mata ni.

Hidup terlalu singkat kalau asyik jadi katak bawah tempurung, rasa selesa terperap dalam kegelapan, sunyi dan bosan. Tapi selagi katak tak nak lompat keluar. Begitulah juga hidup ini ini akan terperap ditempat yang sama.

Orite, perumpamaan je la si katak, ahkak bukan katak tau. Kadang tak boleh nak salahkan juga orang lain yang suka sembunyikan diri, kalau dah itu memang tabiatnya, biarkan sahaja, janji dia bahagia sudah.

Tapi manusia berubah, mungkin dulu dia pendiam, mungkin sekarang kemain lagi dia punya 'pailang'. Kalau dulu dia 'peramah' sekarang dialah yang paling senyap sunyi dalam dunia sendiri.

'Beautiful life' yang sementara, banyak warna. apapun yang terjadi, memori kita bersama orang-orang yang pernah hadir dalam hidup kita, tetap akan terkenang. 

Sahabat, kawan, rakan, taulan, kenalan....hanyalah panggilan, disebalik itu ada 'memori' yang tak pernah dilupakan.  

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.