Thursday, 4 February 2016

Hukum Solat selepas Keguguran

Masih belum habis isu keguguran. Selagi tak habis pantang, memang isu belum reda lah jawabnya. Orang kata, peristiwa tengah hot. Apapun, tujuan saya tulis semua maklumat ni, untuk berkongsi info pada anda yang mungkin sedang hadapi masalah yang sama.

Terutama kalau kali pertama keguguran. Harap dapat membantulah ya.

Ok, secara umumnya yang saya baca merujuk pada website Dr. Zubaidi, dari segi perubatan kandungan yang gugur pada usia kehamilan bawah 10 minggu, dikira sebagai 'ketulan darah', dan darah yang keluar akan diindikasi kan sebagai 'darah haid'

Jadi anggaran tempoh haid dalam Islam adalah maksimum 14 hari, tidak perlu solat.  Maksudnya jika darah yang keluar telah melebih 14 hari, ia dikira sebagai darah istihadah dan kita wajib solat seperti biasa.

Bagi kes saya usia kandungan baru 8 minggu atau 2 bulan, jadi janin yang keluar rupanya masih belum terbentuk sempurna seperti manusia, jadi saya dikira sebagai 'datang haid' dan tempoh maksima ialah 14 hari tidak boleh solat.

Tetapi jika darah yang keluar telah berhenti pada hari ke 7 atau sebelum 14 hari, kita hendaklah solat seperti biasa.

Bagi kandungan yang gugur pada kehamilan 10 minggu ke atas pula baru dikira sebagai 'janin' dan kebiasaannya pada peringkat ini janin dah ada rupa bentuk tangan kaki. Jadi darah yang keluar akan diistilahkan sebagai 'darah nifas' dan tempoh darah nifas adalah 60 hari. Jika darah masih keluar, selepas 60 hari ia dikira sebagai darah istihadah dan kita wajib solat.

Naun jika darah sudah keluar dalam tempoh 20 hari atau kurang dari 60 hari, kita hendaklah mandi wajib dan bersolat seperti biasa.

Untuk lebih jelas lagi, saya cadangkan pada anda untuk baca buku mengenai Darah Wanita.

Kalau berminat nak beli, boleh order dengan saya, pm untuk pertanyaan stok dan pembelian WhatsApp - 016 260 1750

Harga : RM17
Postage (Citylink) : RM9.50






No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.