Wednesday, 10 February 2016

Cara Berpantang selepas Keguguran

Alhamdulillah, esok hari terakhir 'berpantang selepas gugur'. Sekejap je masa berlalu, dah nak cukup 14 hari. Macam mana cara berpantang lepas gugur?

Hampir sama dengan cara berpantang orang bersalin, cuma bagi saya tak adalah berpantang ketat macam orang lepas bersalin, bertungku saya cuma buat tuam air panas sekitar bawah perut je. Pasal tungkunyapun tak ada. Bebarut pun tak sebab bahagian perut ni tak adalah rasa 'gegar' atau sebagainya.

Diikutkan bertungku tak adalah wajib macam orang lepas bersalin, sebab pantang antara keguguran dengan bersalin ni ada beza sikit, orang gugur tak boleh pantang dalam keadaan terlampau panas atau terlampau sejuk gitu. Pelik juga masa mula baca.

Tapi saya percaya adalah sebabnya bidan dan orang tua bagi info tersebut. Ikutkan bagi orang bersalin, zaman dulu, punya nak pastikan sentiasa panas, siap letak bara api kecil bawah katil ibu bersalin atau tempat baring ibu berpatang dalam istilahnya 'berdian'.

Tapi bagi yang berpantang keguguran, tak perlu sampai berdian lah kot, nanti terlebih panas pula ye tak. Oklah bagi saya pula, cuma pantang makan je la, itupun tak semua makanan, contoh ikan yang tak boleh makan masa dalam pantang seperti pari dan sebagainya, memang elakkan lah.

Selain makan, yang paling nak dijaga, ibu jangan terlalu aktif berjalan atau duduk terlalu lama. Sebab semua ni terus teranglah, boleh bagi kesan pada 'rahim' kita. Dulu masa muda degil buat tak tahu je bila orang tua 'sound' , jangan duduk lama-lama. jangan jalan laju-laju, sekarang baru tahu kan kesan. yang dah terkena tu sendiri fahamla ye.

Masa umur muda memang kita tak akan rasa perubahan fisiologi badan, tapi bila kita dah meningkat umur 30 an ke atas, masa tu kita akan dapat rasa sendiri 'kekenduran' dimana-mana. haha bolehla asal faham maksudnya. Tak faham boleh pm ahkak di fb ya.

Dalam banyak 'part' berpantang, jaga makan, jaga pergerakan, jaga emosi, berurut ada satu perkara lagi yang paling penting untuk 'repair' semula tubuh badan kita yang dah semakin lemah atas faktor peningkatan umur dan sebagainya.

Apa dia? Makan jamu adalah urusan yang paling penting yang tak boleh dipisahkan dari ibu yang berpantang. Tak kiralah pantang gugur atau pantang bersalin.

Kenapa jamu penting? Sebab badan kita perlukan segala khasiat jamu yang boleh bantu dan percepatkan lagi proses penyembuhan luka dalaman dan urat-urat yang mengembang akibat dari proses mengandung.

Jadi, masa dalam proses berpantang ni saya dah sibuk mengugel jamu apa yang saya nak guna. Sebab bila difikir semula, kalau nak makan satu set bersalin macam tak padan dengan kes pula, orang kata kita cari produk yang memang paling sesuai, mampu milik dan kena dengan apa yang kita nak.

Fikir punya fikir, yang saya nak, produk jamu yang boleh keluarkan darah beku dari rahim. Pendek kata yang boleh 'cuci rahim' kasi bersih. Ikutkan tak banyak jamu yang boleh buat seperti mana yang saya nak. Jadi selepas gugel akhirnya saya 'jatuh cinta' dengan satu brand ni.

Nak tahu brand apa, nantikan entri yang akan datang. tak lama jap lagi je akan diupdate hehe.




9 comments:

  1. Replies
    1. Kacip fatimah keluaran UTM, nak try boleh tengok kat page https://www.facebook.com/MamaLinablog/

      Delete
    2. Mcm mana nak beli jamu ni Puan?

      Delete
    3. Mcm mana nak beli jamu ni Puan?

      Delete
  2. Nak Tanya Kenapa Berpantang 14 Hari Ajee ? Bukan Sepatutnya sekurang kurang nya 40 hari ke sis ? Sis gugur brapa bulan ? Macam saya 2 bulan lebihh . Minta maaf kalau salah tanya saya bertanya aje

    ReplyDelete


  3. Xde masalah, :) pantang ikut usia kandungan kita ketika gugur, info disini http://suficreative.blogspot.my/2016/02/berpantang-lepas-keguguran.html

    ReplyDelete
  4. Salam puan,
    Puan berpantang selepas habis semua darah turun? Sy gi cek doc . Doc kate biar darah turun sendiri . Lagi 2 minggu datang untuk scan untuk pastikan dah clear atau belum. Semalam dh turun darah banyak. Sy dh perlu berpantang ke? Or after doc cofirmkan nnt. Mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam pn, pantang slps gugur sama mcm lps bersalin jg, maksudnya lps shj janin keluar, kita perlu mula berpantang.

      saya ada tulis cara pantang utk ibu keguguran disini http://suficreative.blogspot.my/2016/02/berpantang-lepas-keguguran.html

      kalau kurang jelas boleh pm saya di fbpage https://www.facebook.com/MamaLinablog/

      Delete
  5. Salam sis. Sy bru lps gugur. Sis ada cadangan jamu apa yg elok

    ReplyDelete

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.