Thursday, 4 February 2016

Berpantang Lepas Keguguran

Minggu lepas, bila dah sah saya keguguran, maka bermula pula episod berpantang. Tertanya juga, perlu ke pantang lepas gugur?

Nasib baik sebelum ni saya pernah terbaca dan terdengar yang keguguran juga perlu berpantang macam orang bersalin. Rata-rata cerita dari blog yang saya baca, diaorang tak tahu yang lepas gugur perlu pantang.

Ada sesetengahnya, terus buat urusan harian macam biasa, terutama kalau yang keguguran awal dalam 1 bulan ke 2 bulan gitu, 10 minggu ke bawah. Diaorang tak tahu dan tak ada orang yang bagitahu.

Sesetengah orang memang isu keguguran ni tak berapa ambil tahu sangat urusan 'penjagaannya', kadang-kadang makcik kat kampung pun tak tahu, siap kabar ke anaknya, alah emak dulu gugur berkali, tak ada pantang-pantang pun.

Tak apalah, tak boleh nak salahkan makcik yang tak tahu, sebab ilmunya setakat itu sahaja. Bagi kita yang generasi 'gugel' ni apa lagi, gugel je la hehe.

Ok, dari pembacaan saya di web pengeluar produk penjagaan lepas bersalin dan sebagainya, atau blog bidan-bidan bertauliah, jawapannya , Ya! kita kena berpantang. Cuma jumlah hari berpantang berbeza ikut usia kehamilan.

Bagi kehamnilan bawah 12 minggu, pantang yang disarankan minimum 14 hari. bergantung pada keadaan kita lah juga, kalau hospital normal MC akan diberi 7 hari pada ibu bekerja, ada juga doktor yang akan bagi MC 2 minggu. Ikut hospital.

Masa saya di hospital Serdang baru ni, Doktor nak bagi MC 7 hari, tapi tak jadi bagi, sebab bukan kerja ofis.

Bagi yang keguguran 12 minggu ke atas pula, dari info yang dibaca, minimum berpantang 30 hari, wow macam dah ala orang lepas bersalin kan.

Tapi betul la sebab biasa kalau mengandung 3 bulan ke atas, perut dah besar, orang kata nampak dah 'baby bump'. padanlah nak tunggu proses rahim mengecut mesti ambil masa.

Alangkan saya masa scan doktor cakap, darah beku tak ada dan serpihan janin pun tak ada, cuma saiz  rahim awak masih besar lagi, sebab baru gugur. 8 minggu je mengandung, rahim dah tukar saiz.

Bayangkan kalau yang 3 bulan ke atas tu. Jadi secara saintifiknya, saya percaya tempoh berpantang bagi keguguran 3 bulan ke atas memang perlu lama sikit dari orang yang gugur bawah 10 minggu.

Jadi jangan rasa malas nak berpantang ya, demi kesihatan kita, tolong jaga betul diri tu. Ini ayat cmpur bagitahu diri sendiri juga. Terutama yang mengandung usia 30 ke atas, umur lagi banyak lagi tak kuat badan kita.

Bila dah tahu yang gugur wajib pantang, dah terfikir pula, nak kena pantang macam mana ni, macam orang bersalin? Satu habuk barang orang lepas bersalin tak ada sedia, mana ada jamu, tungku, tak ada...huhu

Pendek kata memang tak buat persediaan, jadi apa persediaan paling ringkas yang boleh kita buat?

Saya akan sambung entri yang akan datang, den dah ponet menaip...ciri bagi orang yang kurang jaga pantang, badan cepat penat.






No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.