Wednesday, 9 December 2015

Teknik Feng Fu legakan Stress


Ok, yang ni sah gambar ambil dari FB, infopun saya copy sikit dari hasil tulisan beliau. Lama dah berangan nak cuba buat, memandang, semenjak dua menjak ni, cepat betul stress dengan anak-anak.

Kadang-kdang kesian anak, salah kecil je tapi kena marah berlebih-lebih, semoga Allah s.w.t mengampunkan dosaku.

Teknik ni dikatakan banyak manafaat untuk kesihatan. Setakat ni saya agak percaya dengan kaedah rawatan alternatif untuk jaga kesihatan,

Bermula dari pengalaman buat petua buang batu karang berjaya, sejak tu memang berminat nak cuba kaedah rawatan yang lain.

Jadi, insya Allah kalau dah buat teknik Feng Fu ni nanti, saya akan kongsi keputusannya dengan anda ya. Kot rasa nak cuba sendiri, cubalah buat, sepatutnya tak ada masalah, sebab kaedah luaran je kan.

Kalau yang dah buat nak kongsi di komen pun boleh, tak rugi kongsi pengalaman yang baik untuk manafaat semua orang. Sebab ada 'saham' akhirat disitu.

Apapun, teknik ini dikatakan beri manfaat yang banyak untuk kesihatan kita.

1. Mengatasi sakit kepala/migrain

2. meringankan sakit gigi dan sakit sendi

3. mencipta kesan relaks

4. meningkatkan tenaga dan menghindar keletihan

5. meningkatkan kualiti tidur

6. memperbaiki sistem penafasan dan sistem kardiovaskular

7. mengatasi asma

8. mencegah sering bersin dan hidung berair

9. mengatasi gangguan neurologi dan perubahan degeneratif pada tulang belakang;

10. membaiki sistem pencernaan

11. menyembuhkan radang saluran usus dan meningkatkan keupayaan seksual

12. mengatasi kegemukan dan masalah pemakanan

13. mengatasi gangguan kelenjar tiroid

14. membantu masalah arthritis, hipertensi dan hipotensi.

15. menghilangkan selulit

16. mengatasi gangguan kitaran haid, kemandulan, endokrin, dan kesuburan

17. mengatasi gangguan psiko-emosiol, stres, keletihan, insomnia.



Cara buat: Pastikan perut kosong, waktu sesuai sebelum sarapan atau sebelum tidur. Letakkan ais ketul (Balut dengan kain nipis) selama 20 minit di titik belakang leher macam dalam gambar. Ulang dalam tempoh dua ke tiga hari.

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.