Saturday, 5 December 2015

Sakit Lutut tiba-tiba

Minggu lepas, minggu yang mencabar betul. Tiba-tiba kena serang sakit lutut. Tak pasal En. Asben kena ambil 'emergency leave' sebab kena 'take over' anak-anak.

Masa bagitahu kat en. Asben, sakit lutut, macam lawak pula, yela biasanya yang sakit lutut ni orang tua je ye tak? Dengan jalan terhencot-hencotnya, insaf jap dan merasakan bahawa diri dah semakin tua.

Eh, jangan ingat orang tua sahaja yang sakit lutut, sebenarnya orang muda pun boleh. Antara puncanya kemalangan. Memang pernah kemalanganpun sebelum ni, kena langgar kereta masa bawa motor 12 tahun lepas, nasib umur panjang.

Tapi yang lutut ni puncanya sebab sukan, zaman muda-muda dulu gila sukan, sekarang merasalah juga akibatnya. Memang lutut yang sakit dah pernah sakit. Doktor cakap tulang rawan retak.

Dari cerita doktor, tulang rawan kita ni macam benang kain, kalau koyak sikit, lama-lama makin banyak. Sebab tu, tak mustahil tempat yang pernah sakit tu akan sakit semula.

Masa tu sempat jugalah, tanya doktor, bukan sebab pasal silap makan ke doktor, lutut sakit. Orang tua kan suka cakap makan benda sejuk nanti sakit urat, sakit sendi. Tapi doktor ni memang bagusla, jawapan memang 'respect'.

Beliau cakap, sebagai menghormati orang tua kita tak boleh cakap yang orang tua tu cakap salah, sebab diaorang cakap dari pengalaman diaorang. serius, terus rasa nak tabik spring kat doktor tu, India non muslim tapi budi bahasa tinggi. 'Very humble'

Dipendek cerita, doktor yang baik hati tu terus bagi surat ke bahagaian fisoterapi buat rawatan kecemasan hilangkan sakit. Agaknya kesian tengok jalan tersangkut-sangkut. 

Untuk hilangkan sakit, dapat ibuprofen dan methyl silicate untuk sapu. Siap doktor pesan suruh beli 'knee support' kat luar nanti, memandangkan kkm memang tak bekalkan peralatan support sendi macam ni.


Tambah terangkan lagi, jenis knee support yang kena beli, jadi apa lagi memandangkan siang tadi dah ikut webinar Affiliate Lazada, semangat la cari barang sambil promot pada anda yang sedang baca sekarang.

Kalau perasan itu yang setiap pos ada link Lazada, sebelum ni tak pandai letak, punyalah outdated huhu.

Anda yang hadapi masalah macam saya ni, bolehlah cari knee support yang sesuai. Elok jumpa fisioterapi dulu dan tanya jenis yang sesuai untuk pakai. Bukan apa takut silap pakai makin sakit pula jadinya.

Apapun berdoalah semoga sakit cepat hilang. 




1 comment:

  1. Terima kasih untuk maklumat. Kami dari wong medical centre menggunakan 4 kaedah untuk masalah sakit lutut yang merupakan gabungan ubat herba , urut, akupunktur dan infraray. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami di 0124520077 .

    ReplyDelete

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.