Wednesday, 9 December 2015

Rajah Refleksologi Kaki


Tengah belek-belek file lama dalam pc, terjumpa pula gambar tapak kaki ni. Memang dah sah gambar lama yang plan nak masukkan dalam blog, tapi tak terbuat.

Sebenarnya banyak info yang saya dah simpan dalam pc yang konon dalam 'plan' nak letak dalam blog. Dah bila buat kerja tak RANCANG BETUL-BETUL, inilah akibatnya. Ada je benda yang tertinggal.

Betapa pentingnya perancangan dalam kehidupan kita sebenarnya, apa-apa urusanpun, pernah dengar ceramah dari Ustaz, kita ni sebolehnya ibadatpun mesti rancang. Bukan hanya sibuk rancang anak je.

Buat kertas kerja, tengok berapa lama dah tak solat tahajjud, berapa lama dah tak buka Al-Quran, berapa lama dah tak puasa sunat. Sebab tu orang putih kata 'Fail to plan, means plan to fail!'

Opss, sorry lari sangat gambar dari info yang ditulis tak, haha. Tetiba 'tertransform' jadi ustazah jadian jap.

Ok, bagi anda yang suka picit-picit kaki nak legakan kesakitan, boleh rujuk gambar ni, saya pun tak ingat dari mana saya dapat ni, biasanya dari orang yang share kat FB, apapun semoga orang yang upload gambar ni dalan internet dapat kebaikan.

Cuma nak kongsi dari pengalaman sendiri, dulu pernah demam teruk, masa tu untuk pastikan cepat sihat, saya urut tapak kaki guna pengurut elektrik macam dalam gambar, kalau takde tangan pun boleh. Kalau ada budget belilah sebiji di Lazada.

Apa yang menariknya, memang berkesan, demam memang ada kurang, dan kita tahu urut tapak kaki ni memang elok amalkan, bagi yang nak jaga kesihatan.

Kalau ada anak kecil yang demam tu bolehlah urut-urut tapak kakinya. Sekurangnya dapat bantu demam cepat reda.

Semoga berjaya.


No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.