Wednesday, 16 December 2015

Petua buang Lilin pada Epal


Bagi peminat buah epal, tahu tak yang epal yang kita selalu beli dan makan tu disalut lilin. Dulu-dulu bila nak makan epal, mesti kupas kulit. Padahal kulit Epal banyak khasiat, sayang buang macam tu je.

Ada masa juga, bila kikis kulit Epal dengan pisau, akan keluar habuk-habuk puith, ha yang tulah lilinnya. Lilin yang digunakan untuk elakkan epal dari cepat rosak.

Tak pernah buat? Cuba buat mesti nampak habuk lilin yang terkeluar.

Sebenarnya ada cara mudah nak buang lilin pada epal. Tak pernah terfikir pula sebelum ni. Lepas tertengok video, baru terfikir.

Caranya mudah je, ambil semangkuk air panas, panas betul baru lepas masak. Lepas tu rendam epal macam dalam gambar. Balik-balik kan epal supaya air panas dapat mencairkan lilin pada kulit epal.

Tapi janganlah rendam lama atau lepas tu tinggalkan ye, terus jadi epal celur nanti, tak sedap makan pula. Agak-agak sampai lilin dah cair angkat dan tos terus bawah air sejuk.

Satu cara lagi, kalau tak nak guna air panas, boleh juga rendam dengan cuka, Dikatakan cuka juga boleh menghilangkan lilin pada buah-buah.


1 comment:

  1. menarik gak tips nie.. saya pun baru tahu. selalunya mmg buang kulit tp anak2 suka makan terus ngan kulit

    ReplyDelete

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.