Tuesday, 1 December 2015

Penghujung tahun...

Agak lama tak menulis, sejak handphone 2 kali, rosak sebab tak pandai nak jaga supaya anak-anak tak main, blog ni pun sunyi sepi je.

Sebenarnya banyak juga entri dalam blog ni yang saya tulis terus dari handphone. Bila handphoe dah 'yilek' baru perasan mood nak tulis blog pun makin kurang, nak kata mood tu tak juga, lebih kepada nak curi masa sebenarnya.

Kalau guna handphone, kat mana-mana pun boleh menulis, sambil memasak pun sempat lagi nak tulis. Ni guna desktop, alamatnya kalau sibuk kesana kemari, tak sempat la.

Banyak alasan kan!! terimalah kalau diri memang tahap belum mampu menulis dengan kesungguhan dan minat mendalam. Orang yang betul-betul minat menulis, tak akan tinggal menulis walau satu haripun. Itu dinamakan 'kecintaan'

Macam orang bercintalah, hari-hari rindu. Kalau tak cinta tak kuasa nak rindu ye tak. Hari-hari sebolehnya nak jumpa. Kalau tak cinta ada peluang jumpa pun tak heran.

Kalau cinta menulis, mesti hari-hari ada entri, ini nak cecah sebulan sekali pun payah. kirim salam hehehe.

Oklah, bagi pembaca baru blog ni, menulis ni hanyalah part time saya sahaja. Keutamaan dan cinta saya sekarang hanya pada keluarga.

Anak-anak kecik lagi, mata tak boleh terlepas pandang, 'lepe' sikit bab kata orang Pahang, naya jawabnya. Adalah yang benjol dahi sana sini.

Belum lagi yang buat aksi otomen serang rasaksa, kalau biar jawabnya, gempita satu rumah. Tapi inilah hiburan dirumah, anak-anak cepat je membesar, pejam celik dah nak abis tahun 2015 rupanya.

Allah,, cepatnya masa berlalu, umur semakin hampir 4 series, tenagapun dah tak sekuat zaman muda remaja dulu-dulu, malam-malam dua hari jadi 'burung hantu' pun tak ada masalah. Esok pagi tetap pergi kuliah.

Sekarang, jangan harap, cecah pukul 11 malam pun dah tak larat nak buka mata. Buaikan baby, akhirnya mama lena dulu, baby celik besar biji mata.

Semua memori ni, kalau panjang umur akan terkenang bila dah tua-tua nanti. Rumah yang dulu bising hiruk pikuk, tiba-tiba sunyi lengang. Anak dah besar panjang bawa diri berdikari jalani hidup masing-masing.

Tubuh badan yang dulu tegang, dah mula kendur, kedut, mata makin kabur.....bermula kitaran hidup baru. Usia Tua.

Alhamdulillah, masih bernyawa, bermakna masih berpeluang baiki amalan, andaikata Allah s.w.t tak benarkan jasad yang ada ni merasa tua, bagaimana?

Apapun kehidupan ini, hargailah, nikmatilah, perbaikilah sementara masih ada, masa akan terus berlalu. secantik manapun kehidupan dunia ini, seburuk manapun dunia ini, 

Tempat yang pasti kita pulang hanyalah kampung Akhirat.





No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.