Friday, 4 December 2015

7 Akibat Anak Kurang Vitamin D

Sebenarnya dah lama saya nak cari info pasal vitamin D ni, dalam sibuk baca info, tak tulis-tulis sampai sudah.

Hasrat nak cari info sebab masa bawa Ahmad check-up prolonged jaundice dia dulu, ALP darahnya tinggi dari normal. Jadi doktor cadangkan ibu makan vitamin D sebagai tambahan, untuk pastikan dia tak kurang kalsium.

Vitamin D penting untuk bantu badan kita serap kalsium secara optima bagi pembentukan tulang dan gigi yang sihat. Jadi, ibu kena makan vitamin D, untuk salurkan pada 'baby' dengan cara menyusu badan.

Vitamin D tak cukup, akan sebabkan tumbesaran tulang dan gigi 'baby' terganggu, seram juga bila tahu akibat kurang vitamin D ni, sebab bukan itu je,

Kurang vitamin D pada anak juga boleh menyebabkan masalah-masalah lain, jom kita tengok akibatnya, serius saya sendiripun tak pernah tahu,

Gejala kepada bayi dan kanak-kanak

1. Bayi yang kekurangan vitamin D yang teruk boleh mendapat kekejangan otot (kekejangan),  sawan dan kesukaran bernafas. Akibat rendah kalsium

2. Kanak-kanak yang teruk mungkin mempunyai tengkorak atau kaki lembut tulang. Kaki mungkin kelihatan melengkung (tunduk berkaki). sakit tulang, sering di kaki, sakit otot atau kelemahan otot. Keadaan ini dikenali sebagai penyakit riket.

3. Pertumbuhan yang perlahan. Ketinggian biasanya melebihi berat badan. Kanak-kanak yang terjejas mungkin lambat berjalan.

4. Kelewatan tumbuh gigi. Kanak-kanak yang kekurangan vitamin D mungkin lewat tumbuh gigi

5. Kanak-kanak cepat marah dan meradang jua boleh disebabkan oleh kekurangan vitamin D.

6. Kanak-kanak yang kekurangan vitamin D adalah lebih terdedah kepada jangkitan. masalah pernafasan. Pernafasan boleh terjejas kerana otot dada yang lemah dan tulang rusuk yang lembut.

7. Riket boleh jadi sangat teruk, akibat rendah kalsium dalam darah. Ini boleh membawa kepada kekejangan otot (kekejangan), sawan dan kesukaran bernafas. Anak perlukan rawatan hospital segera.

Vitamin D yang sangat rendah boleh menyebabkan kelemahan otot jantung (cardiomyopathy). Tapi jarang berlaku.

Sumber; Patient.info


Bila doktor suruh saya makan vitamin D dan baca pula akibat kurang Vitamin D ni, rasa macam nak terbang pergi farmasi beli masa tu juga. Siapa tak risaukan, yang cerdiknya masa tu, patut beli jela online, lagi senang.

Sibuk nak beli kat farmasi luar, baru perasan tak banyak pilihan. Bila tengok kat Lazada ada je jual Vitamin D rupanya. Lagi banyak pilihan, senang nak budget. Al-maklumlah zaman gawat ni.




Jadi kalau ada ibu-ibu yang ada masalah baby tinggi ALP, selain jemur baby bawah matahari setiap pagi sebelum pukul 10, makanlah vitamin D, insya Allah akan bantu ALP anak turun lagi cepat.

Yang paling penting jangan lupa doa selalu supaya baby cepat sihat ya!














No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.