Friday, 30 October 2015

Pakej Menarik di cutipulau.com!



Cuti sekolah ni dah rancang nak bercuti ke mana? Kalau masih tak tau nak pergi mana, kenapa tak makan angin ke pulau-pulau yang cantik di negara kita ni. ya tak?

Serius, 'Pulau' adalah antara tempat perlancongan yang paling best untuk aktiviti keluarga. macam-macam aktiviti kita boleh buat dengan anak-anak.

Kalau yang ada anak ramai tu boleh la buat sukaneka, alah lumba lari atas pasir pun dah seronok sangat. Jangan lupa bawa bola, tali dan alatan sukaneka yang asas.

Kalau rasa tak berminat sukan, boleh buat 'brabecue', snorkeling ke, tangkap sotong...pendek kata memang banyakla aktiviti best yang boleh buat bila bercuti ke pulau.

Banyak Pulau yang 'best' dalam negara kita ni, antara yang saya dah pernah pergi Pulau Mabul, serius pulau ni cantik dan unik. Kalau nak tengok pasir putih bersih, ikan cantik macam dalam aquarium pergilah Pulau Mabul.

Teringat pula masa sibuk kutip tapak sulaiman kat sana, memang menariklah. Berhajat juga insya Allah bawa anak-anak ke sana. Tunggu diaorang besar sikit, dah nak bawa 'baby' naik bot laju lama-lama tak berapa sesuai ya...

Nak bawa 'baby', boleh pilih ke Pulau Langkawi atau Pulau yang perlu naik bot sekejap sahaja. Info lanjut boleh baca dan nilaikan di cutipulau.com.

Bagus kalau kita bawa 'baby' atau anak-anak kecil main pasir dia pantai Pulau, main pasir boleh meningkatkan motor halus anak-anak dan permandangan pulau yang cantik boleh merangsang otak lebih kreatif.

Bagi yang nak berbulan Madupun sangat sesuai  pilih pulau sebagai destinasi pertama, sambil menikmati angin laut atas bot Laju bolehla pegang tangan en. Asben kuat-kuat, serius anda akan rindu nak pergi bercuti ke pulau lagi. 

Sebenarnya banyak lagi pulau-pulau cantik yang boleh dipilih untuk melancong, masuk website ni CUTI PULAU tengok banyak pakej menarik. Hargapun mampu milik.

Ada yang bagitahu, tak mahu lah cuti kat Pulau, tak menarik katanya, jangan macam tu, bagi yang tak pernah pergi, mesti kena cuba sekali bercuti ke Pulau, mana anda tahu menarik ke tak kalau langsung tak pernah pergi betul?

Apa yang penting selain kita bercuti sebenarnya ada satu manfaat bercuti dipulau yang tak semua orang tahu...tengok Lautan antara perkara yang mendatangkan Pahala...betul ke?

Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan." - (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah".(Riwayat Abu Daud)

Disamping merehatkan fikiran, merapatkan kasih sayang keluarga pada masa yang sama kita dapat bonus pahala. 

Betapa kebesaran Illahi, menjadikan Pulau dan lautan yang cantik untuk manusia pada masa yang sama dapat pula pahala bagi pilih menikmati kebesaranNya.

Tempah cepat!! Biasa musim cuti sekolah ni,resort cepat penuh.

Boleh buat tempahan disini -----> Imtiyaz Travel & Tours













No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.