Thursday, 22 October 2015

Kek marble mudah

Kebelakangan ni agak sibuk membaking sebenarnya.

Buat pertama Kali dalam sejarah diri sendiri, berjaya buat kek sekali cuba. Punyalah 'excited' sampai kek panas lagi dah  snap gambar letak disini.

Bagi peminat kek marble, boleh cuba resepi yang agak senang bagi ahkak yang dah biasa buat kek tapi hasilnya bingka ni.

Insya Allah, yang ni tak akan jadi bingka marble.

Bahan-bahan

250 gm butter/marjerin
1 1/4 cawan gula
2 sk ovellete
Secubit garam
4 biji telur gred A
2 1/4 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
2 sb serbuk koko
2 sb susu cair/segar

Cara-cara

1. Pukul majerin,gula,ovellete,vanilla, garam sampai kembang.
2. Masukan telur, sebiji demi sebiji dan pukul hingga kembang dan sedikit kental.
3. Masukan tepung yg diayak dgn baking powder,susu cair, sikit sikit dan kacau kauk balikkan.
4 Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian dicampur serbuk koko.
5. Alas loyang dengan baking sheet dan masukkan adunan koko selang seli dengan yang biasa.
6. Bakar suhu 150-180' selama 40-45 min, bergantung kepada kepanasan oven anda.

Semoga berjaya!!

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.