Thursday, 3 September 2015

6 Cara Menghadapi Kecacatan Bayi tak Dijangka

Sebagai seorang ibu atau bapa, tentu mengharapkan bayi yang bakal lahir sihat dan cukup sifat sempurna.

Tapi sebagai muslim, kadang-kala kita diuji melalui pelbagai sudut. Mungkin ada ibu atau bapa yang bersedih sekarang sebab anak yang lahir cacat atau sakit.

Ikutkan kerisauan mendapat anak cacat atau istimewa memang dirasai oleh setiap ibu yang mengandung.

Bagi mengelakkan kerisauan yang melampau ibu perlu banyak berdoa untuk melegakan perasaan. namun kalau kita telah bedoa tapi tetap diuji, apa yang perlu kita lakukan?

1. Istighfar dan berdoa
Memohon keampunan kepada Allah s.w.t, dan seterusnya berdoa untuk diberi kekuatan menghadapi dugaan anak cacat atau sakit.

Saya pernah jumpa dengan seorang ibu masa bawa anak ke hospital, ibu yang tabah menjaga anak  'down sindrom'. Bukan setakat tu, bayi beliau ada masalah jantung berlubang pula, beliau sampai sanggup cuti tanpa gaji 3 tahun untuk jaga anak demi pastikan anak dapat dijaga dengan lebih sempurna. beliau memang tabah, nampak jelas dari cara beliau cerita tanpa satupun ayat keluahan yang keluar dari mulut beliau.

2. Lihat wajah si kecil
bayangkan jika dia mengetahui rasa kecewa dalam hati ibu atau bapanya, betapa sedihnya hati si anak. Bertekad demi anak yang dikasihi, ibubapa akan cuba sedaya upaya untuk mendidik dan membesarkannya. Percaya pada ketentuan Rezeki setiap anak yang dilahirkan telah ada.

3. Redha dan berfikiran positif
Percaya atau tidak di dalam kehidupan, pengaruh berfikiran positif antara kekuatan yang tidak semua orang miliki. Ia perlu dilatih dan diusahakan melalui amalan seharian.

Antara kelebihan umat islam, menyerahkan segala urusan kehidupan kepada tuhan merupakan satu kelebihan dimana segala beban atau masalah didalam kehidupan kita tidak tanggung bersendirian.

Kepercayaan kita kepada tuahan Ya Mujiib, Maha Mengabulkan permintaan hamba-hambaNya, yang akan menguatkan jiwa dan membuatkan kita lebih positif dalam kehidupan.

Redha atas setiap ketentuan akan mendatangkan ketenangan jiwa.

4. Rancang Pendidikan Anak
Mungkin anak memerlukan sokongan pendidikan dalam membina jati dirinya sehingga dewasa. Ibubapa perlu mencari maklumat jenis pendidikan yang sesuai untuk anak. Mungkin anak memerlukan kelas pendidikan khas yang telah disediakan kerajaan atau swasta.

5. Menyertai kelab atau NGO yang memberi sokongan.
Cari maklumat mengenai kelab atau NGO yang terlibat dalam membantu ibu bapa yang mengalami masalah yang sama. Maklumat boleh didapati daripada internet atau hospital ditempat ibu bersalin.

6. Ibu bapa perlu saling Berkejasama.
Terdapat juga sesetengah pasangan yang mengikut rasa kecewa dan menyalahkan pasangan atas kecacatan anak.

Lalu membiarkan hanya sebelah pihak berusaha untuk membesarkan sikecil. Perubuatan seperti itu tidak wajar dan seharusnya dielakkan.

Memandangkan setiap anak yang lahir ada hak ke atas kedua ibubapanya. Tindakan 'lepas tangan' dari ibubapa yang tidak bertanggung jawab hanya membebankan pasangan anda.

Buang perasaan ego  dan kembali kepada ketentuan Maha pencipta. Kerana setiap amanah yang kita lalaikan pasti akan disoal Tuhan di akhirat kelak.

Jangan biarkan pasangan anda terbeban seorang diri, kerana anak yang gembira akan lahir dari ibubapa yang bahagia.


No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.