Wednesday, 26 August 2015

Perkembangan Arif Terkini

Terima kasih pada pembaca yang email dan komen bertanyakan keadaan terkini Arif, minta maaf kepada yang saya tak dapat nak balas mesej atau hubungi.

Disini saya senaraikan rujukan untuk anda yang tak dapat baca secara tersusun kes Arif,

EPISOD ARIF DI SERANG SAWAN/EPILEPSI


Mana yang sempat sahaja dapat saya balas, memandangkan masa yang agak terhad, maklum sahaja 'domestic engineer' memang sibuk selalu.

Apapun saya cuba jawab segala persoalan anda yang rata-rata hampir sama, saya faham sebagai ibubapa kita memang nak tahu lebih lanjut tentang penyakit yang dihadapi anak, betul tak?

Walaupun saya pernah kena 'sound' dari seorang doktor muda supaya jangan cakap pasal perubatan katanya saya bukan doktor, bukan perawat alternatif dan bukan ahlipun, jadi itu tak bermakna saya tak perlu ambil tahu tentang penyakit anak.

Dengan ambil tahu apa yang dialami anak, itu lebih buat saya peka dengan keadaan anak, setiap ibubapa bertanggungjawab dan berhak memilih rawatan terbaik untuk anak.

Oklah, bagaimana keadaan Arif sekarang?
Alhamdulillah, sekarang dah berusia 2 tahun 3 bulan, sihat dan perkembangan normal dah jadi abang, petah bercakap, boleh bawa berborak dan dah bagitahu mama nak pergi cekoyah macam abang Ali.

Masih diserang sawan?
Alhamdulillah last yang dia kena tahun lepas, itupun sawan demam bukan 'sawan tanpa demam' yang dia kena sebelum ni. Ada beza antara dua sawan. Sawan demam/Febrile Seizure adalah normal dikalangan kanak-kanak.

Masih makan ubat tak?
Arif tak makan sebarang ubat untuk sawan dah dua tahun.

Bagaimana keputusan rawatan Arif?
Untuk kes Arif yang dulu doktor diagnoskan sebagai 'Benign Infantile Seizures (BIS), tak merbahaya, tapi berkemungkinan berulang.

Punca?
Tidak dapat dikesan

Masih teruskan rawatan ke?
Arif dah discaj dari rujukan ke hospital, dan saya buat keputusan rujuk ke homeopati.

Anak saya kena sawan macam Arif perlu ke saya bagi makan ubat sawan yang doktor bagi?
Semasa kes Arif saya berbincang dengan doktor untuk minta kurang dos ubat pertama yang dia perlu ambil dan seterusnya saya berhentikan sebab bila makan dia jadi kurang aktif.

Anda perlu berbincang dengan doktor anda untuk keputusan yang terbaik.

Saya tak sanggup nak teruskan ubat sawan anak sebab side effectnya sangat menakutkan, apa patut saya buat?
Antara sebab kenapa saya memilih rawatan homeopati sebab alasan yang sama. Jadi saya buat keputusan cari dan pilih perawat homeopati yang saya yakin. Beliau sorang doktor perubatan moden dan juga pengamal homeopati.

Siapa doktor tersebut?
Anda boleh hubungi di  page fb beliau disini - Dato' Dr. Suriyakhatun

Siapa beliau, lawati page ini http://drsuriyakhatun.com/about/

Saya harap perkongsian ini dapat menjawab persoalan dari anda, kalau masih kurang jelas anda boleh KLIK Contact Me untuk hubungi saya ya.

Cuma minta maaf kalau saya lambat balas, memandangkan handset sentiasa di tangan anak-anak yang sibuk nak jadi 'ultraman'

Semoga urusan anda semua dipermudahkan Allah dan anak diberi kesihatan yang lebih baik. Insya Allah.


SAYA PERCAYA, SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA KECUALI MATI







No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.