Sunday, 16 August 2015

Daftar Ahli Stormreaders 2015

Sebenarnya saya dah lama join member Stormreaders ni sejak 2013 lagi. Tapi masa tu cuma sebagai ahli percuma. Beli buku untuk customer online.

Bagi anda yang tak pernah dengar nama syarikat ni, Stormreaders merupakan satu-satunya syarikat multilevel yang produk utamanya 'BUKU', menarik tak?

Serius, bagi saya memang sangat menarik, sebab apa, sebab saya memang suka buku, walaupun pernah dimarah dalam kelas oleh teacher masa darjah 6, soalannya 'tell me your hobby', dan saya menjawab my hobby is Sleep! tak sama macam kebanyakan hobi kawan yang lain dalam kelas iaitu 'READING'

Kenapa tahun ni saya buat keputusan join Ahli, selepas 2 tahun tu. Sebab utama syarikat ni mampu bertahan lama dalam industri multilevel marketing. Selain pada tu, 

1. Promosi Daftar Ahli

Sebab sekarang ada promosi sampai 31 Ogos 2015, Daftar Ahli baru RM90 *6% gsat, dapat free voucer RM20 untuk belian produk. 

Kebetulan si kakak minta belikan Al Quran Tafsir poket untuk dia. Masa tengok di Estore jumpa satu Al Quran Tafsir warna Pink yang memang cute, tahu aje budak perempuan memang suka barang yang cute. Terus si Kakak minta order.




2. Dapat Kedai Buku Online sendiri

Lepas join member saya akan dapat link Estore Book sendiri, serius sendiripunya, tak perlu dah nak upah orang buatkan Estore untuk jual buku. Upah nak buat Estore bukan murah kalau nak tahu, paling cikaipun RM200, kalau tak ada modal memang tak dapat. Kiranya dengan modal bawah RM100 kita dah dapat Estore Book sendiri memang menarik.

Kelebihan Estore kita boleh bisnes 24 jam, orang beli di link kita dapat komisyen. Bagi pencinta buku ada Estore sendiri untuk beli buku dan 'Baca sambil Bisnes'. Memang best, Siapa nak bagi cash return sambil kita layan hobi suka membaca kan?

3. Bonus

Ada macam-macam bonus, bonus jualan, bonus kumpulan,  Tapi satu je yang saya pastikan dari awal, plan Stormreaders mesti patuh syariah. alhamdulillah bila tengok antara panel syariahnya Ustaz Zaharuddin, saya memang makin 'confident' nak join.




4. Bisnes Online tanpa Keluar Rumah

Memandangkan saya menjaga 1 heroin dan 3 hero yang umur dari 10 hingga 9 bulan, memang bukan mudah untuk keluar rumah nak pergi pos pada customer, atau pergi ambil stok barang untuk customer.

Jadi saya memang tercari-cari bisnes yang sebolehnya tak perlu keluar dari rumah. Yang paling best kita ada support dari 'Customer service' jika ada apa-apa masalah. 

Bagi surirumah atau student bisnes ni insya Allah memang boleh buat. bagi yang sedang kerja tercari-cari kerja part timepun memang sesuai sangat buat bisnes stormreaders.

Orang kata nak tahu sukses ke tak kena tengok hasil kan, buat masa ni tak nampaklah lagi hasilnya, dah baru join ye idak, nak hasil yang baik, anda kenalah tolonglah support, belilah buku di Estore saya ni ---->>>



Kalau nak beli buku diskaun 10% boleh juga daftar sahaja sebagai ahli percuma 30 hari ni.


Kalau berminat nak join bisnes Stormreaders jangan segan untuk hubungi saya di 

Email- suficreative@gmail.com
FB - https://www.facebook.com/MamaLinablog

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.