Tuesday, 25 August 2015

Bayi baru lahir ada gigi



Dalam dua ribu ke 3 ribu kelahiran, biasanya memang ada kes bayi yang baru lahir dah tumbuh gigi. Bagi kita yang tak pernah tengok, memang rasa pelik kan?

Istilah bagi bayi baru lahir yang dah tumbuh gigi ni ialah 'Natal Teeth' atau 'Fetal Teeth' . Biasanya gigi yang tumbuh tak kuat macam gigi yang tumbuh lepas bayi lahir.

Sesetengah kes ada yang akan cabut gigi ni, lepas je bayi dilahirkan. Tujuan untuk elakkan dari gigi tercabut sendiri dan menyebabkan tercekik semasa bernafas.

Ada juga yang biarkan sahaja gigi yang tumbuh,cuma ibu perlu sentiasa cuci gigi dengan cara lap gigi dengan kain lembab yang bersih, untuk pastikan gigi tak rosak.

Ibu juga kena sentiasa pastikan gigi bersih dan gusi baby bengkak atau sakit. Kalau nampak macam sakit ibu kena bawa bayi jumpa doktor gigi untuk dapatkan rawatan lanjut.

Punca dari sudut perubatan tak jelas, pernah juga terdengar katanya ibu terlebih kalsium masa mengandung, tapi tiada bukti saintifik.

Cuma menurut web www.nlm.nih.gov, ia mungkin berkaitan dengan beberapa sindrom seperti 
Apapun jika masih ada kerisauan atau gigi bayi menyebabkan penyususan ibu terganggu seeloknya berjumpalah dengan doktor untuk dapatkan nasihat.

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.