Tuesday, 25 August 2015

Bagaimana rupa bayi baru lahir



Bagaimana agaknya perasaan anda yang sedang menanti kelahiran sicomel, mesti rasa tak sabar, Ikutkan bukan kita seorang yang berperasaan macam tu.

Boleh dikatakan hampir semua ibu dalam dunia, akan rasa ternanti-nati nak tengok rupa bayi yang dikandung. Dalam fikiran tertanya-tanya rupa bayi, mirip kitakah atau lebih mirip ayahnya.

Yang pasti hanya bila bayi lahir sahaja segala persoalan terjawab, sebab foto scan 4D pun kadang-kala tak tepat seratus peratus ya tak?

Sebenarnya boleh dikatakan bayi baru lahir bentuk rupanya hampir sama. Bagi ibu yang dah pernah lahirkan anak mesti tahu,  terutama masa kita tengok bayi yang dikumpul ramai untuk dimandikan, susah juga kita nak bezakan dengan cepat mana satu bayi kitakan.

Sebab secara asalnya bayi yang lahir biasanya jika dilihat sekilas memang hampir sama,

Kepala agak besar sedikit, berleher pendek dan berkaki pendek.

Rambut lebih halus dan lembut, warna pula ikut keturunannya, kebiasaannya warna rambut akan lebih cerah dari warna asal rambut.

Kulit biasanya kemerahan atau pink, lembut dan sedikit berbulu halus disekitar dahi dan belakang bahu.

Jangan ibu terkejut pula sebab kadang-kadang pada kulit bayi kita yang baru lahir ada tompok merah,coklat atau hitam yang dipanggil 'tanda lahir'.

Mata bayi baru lahir biasanya nampak sepet sedikit disebabkan kelopak mata masih belum jelas, warna mata kebiasaannya hitam sehingga warna asal mata bayi akan jelas kelihatan lepas beberapa bulan.

Perut bayi pula biasanya kembung sedikit dan tali pusat yang telah dipotong masih basah. Bahagian tali pusat perlu dijaga dengan rapi, untuk elakkan sebarang jangkitan.

Antara yang menarik bayi baru lahir ada yang dah tumbuh gigi, kes macam ni jarang jadi tapi memang wujud.

--->>> Punca Bayi Baru lahir Tumbuh Gigi














2 comments:

  1. Assalam sis,saya izma.salam perkenalan.
    saya ada terbaca kisah anak sis-ARIF yg diserang sawan boleh tak puan berkongsi dgn sy kaedah dan rawatan serta keadaan ARIF sekarang,anak sy turut mengalami keadaan yg sama.
    fon no sy 012-617 5825 sis whatsapp sy boleh.terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Izma, akak dah tulis disini terus, boleh baca ya http://suficreative.blogspot.com/2015/08/perkembangan-arif-terkini.html

      Delete

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.