Sunday, 2 August 2015

Apa itu 'Creative Block'

Mungkin ada yang tertanya kot kenapa dah lama tak ada entry terbaru dari blog ni. Tak tahu nak cakap macam mana, tapi tajuk di atas dah menggambar apa yang sedang termendap dalam kepala sekarang.

"Tak ada mood langsung nak menulis", penyebab....Wallah hualam. Nak kata tumpukan sangat dengan urusan lain, tak lah juga. Hidup seperti itulah juga, tak ada apa yang menarik, melainkan melihat anak-anak yang semakin membesar depan mata.

Mungkinkah apa yang dialami sekarang adalah 'Creative Block'. pernah lah juga dengar isu tersebut, tapi tak lah ambil peduli sangat sebab sebelum ni idea nak menulis mencurah-curah macam air terjun. hinggalah sampai satu masa tiba-tiba nak buat satu entri pun langsung tak mampu.

Hmmm...

Apa itu Creative Block?

"Saat di mana kita terperangkap dalam pemikiran sendiri, maka itulah disebut dengan mental block. Kita begitu terperangkap dalam cara yang kerap sama dalam memandang dunia sehingga gagal untuk melihat pilihan lain. Kita membuat kesimpulan dan menyelesaikan urusan secara terhad.. Atau kita berhenti untuk berfikir secara terus"  - Mark McGuinness

Faktor lain, antaranya...

1. Batasan Emosi

Ha bab emosi ni memang diakui bukan senang nak kawal memandangkan menjaga budak-budak kecil bukanlah kerja mudah. Lagi kalau yang umur sedang pandai-pandai ala tak pandai, contohnya 'menangis sebab tak bagi pakai baju sebagai seluar' dia punya mengamuk sungguh-sungguh.

Atau baru nak mula tulis intro entri...'mama.. beyak'  @@

2. Tabiat kerja yang tidak lancar

Sesetengah penulis biasa buat jadual bila waktu yang paling lapang nak menulis, terutama penulis sambilan, sebab masa yang ada untuk menulis terhad. Cuma ada masa jadual atau habit yang kita cuba rancang dan buat tak menjadi disebabkan gangguan urusan kehidupan harian yang berubah-ubah

Contoh; biasa boleh menulis masa anak-anak tidur, tiba-tiba anak-anak tak tidur macam selalu, disitu tumpuan atau perancangan menulis dah terganggu.

3. Masalah peribadi

Biasanya berkaitan emosi, lagi kalau seoarang penulis perempuan, biasa emosi lebih banyak tertumpu hal remeh temeh, sampai mengganggu tumpuan untuk menulis.

Contoh; En. Asben tak whatsApp tanya khabar buat apa kat rumah pun terasa hati, mulalah terfikir ini, kalau 'bini' mati pagi, balik kerja baru perasan yang bini dah mati. Bini yang dah mati takpa, tapi anak kecil yang seharian terbiar...blablabla...tak dihargai..tak ingat...blablabla * menghabiskan sel memori je melayan perasaan.

4. Kewangan

Bagi yang menulis adalah sumber kewangan, biasanya akan mudah rasa tertekan bila tak cukup duit belanja bulanan. Fikiran mula akan tertumpu untuk cari duit dengan cara lain yang lebih cepat bagi pulangan pendapatan.

5. Idea terlampau berlebihan

Idea terlamapau banyak nak tulis, sampai tak tahu mana satu isu yang nak ditulis. akhirnya satu habuk isu pun tak tertulis. Orang kata 'terlebih excited' nak menulis.

6. Komunikasi tak sehala

Biasa jadi pada penulis yang ada kumpulan, bila tiada pembahagian isu atau tajuk antara penulis dalam satu kumpulan, akan timbul masalah kekeliruan atau 'miscommunication' antara satu sama lain.


Secara ringkasnya,dalam menulis atau apa sahaja kerja yang melibatkan 'kreatif' 'EQ' yang kuat memang sangat-sangat penting.

Kegagalan mengawal emosi akan menyebabkan semua urusan akan terganggu dan hilang fokus pada kerja yang sepatutnya dilakukan.

Teringat kata-kata Pakcik Yusof Gajah, seorang seniman negara 'untuk berjaya sebagai penulis' adalah "jangan berhenti menulis!"








No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.