Thursday, 27 August 2015

6 Jenis Tanda Lahir Bayi

Semasa diwad doktor ada tanya tanda lahir yang ada di badan anak. Saya hairan juga sebab apa setiap doktor yang datang melawat mesti akan tanya tentang tanda lahir.


Rupa-rupanya tanda lahir ada jenis dan maksud tertentu, secara umumnya kebanyakan tanda lahir tak merbahaya. Tapi ada juga tanda lahir yang menunjukkan anak kita mungkin berpenyakit tertentu.

Kenali enam jenis tanda lahir yang mungkin ada pada bayi anda.

1. Slate Grey Nevus/Mogolian Spot

Warna biru-kelabu.
Biasanya tidak berbahaya, besar dan lebar,
Kebiasaan atas punggung, kaki atau lengan.
Akan pudar bila bayi semakin besar
Tidak memerlukan rawatan.

2. Salmon Patches/Angel Kiss

Kemerah atau tompok merah jambu
Biasa terdapat pada belakang,leher, anak rambut, mata dan sekitarnya
Terjadi pengumpulan kapilari darah bawah kulit
Akan pudar bila bayi semakin besar
Tidak perlu sebarang rawatan.





3. Portwine Stain


Bersifat kekal
Kebiasaan dikawasan muka, tetapi boleh juga didapati bahagian tubuh yang lain.
Bermula dengan kemerahan dan bertukar ke coklat kehitaman
Boleh menyebabkan tekanan emosi penghidap dan masalah perubatan
Rawatan laser digunakan untuk tujuan pemulihan
Kemungkinan berkait dengan Klippel-Trenaunay atau sindrom Sturge-Weber

4. Cafe Au lait Spot/ Ka Fay o lay

Bersifat kekal dan biasa ditemui, tunggal dan berpasangan.
Bewarna perang atau coklat gelap dari warna kulit asal.
Tidak memerlukan rawatan
Namun jika terdapat banyak tompok diseluruh badan perlu mendapat nasihat doktor.
Kemungkinan berkaitan  keadaan genetik yang dipanggil neurofibromatosis.



5. Hemangioma
Berwarna merah jambu, biru atau merah tumbuh dalam tempoh beberapa bulan pertama selepas kelahiran.
Akan hilang dari semasa ke semasa.
Tidak perlu rawatan jika tumbuh dikawasan yang tidak mengganggu perkembangan bayi atau hanya diluar kulit.
Perlu rawatan jika tumbuh juga dibahagian dalam dan di tempat yang menggangu seperti;
Berhampiran mata, yang boleh menyebabkan masalah dengan penglihatan
Di tekak, yang boleh menyebabkan kesukaran bernafas
Berhampiran mulut, yang boleh menyebabkan kesukaran dengan memberi makan
Menjadi luka terbuka (barah)
Besar dan di muka, leher atau kulit kepala

6. Conginetal Nevus










Sejenis tahi lalat  yang terdapat sejak dari lahir
Tidak sakit, berwarna hitam dan kadangkala berbulu
Jika bersaiz besar perlu rujuk doktor untuk memantau perubahan kulit.
Berisiko mendapat barah kulit

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.