Thursday, 7 May 2015

Masih dalam mood mencari info tentang ekzema. Bila baca info yang ada, terasa, berat juga ujian mak ayah yang ada anak ekzema.

Baby kecil lagi dah menanggung derita gatal-gatal kulit, kalau orang tua-tua biasa cakap ruam susu. Tapi dalam dunia moden ni, ruam susu dah jadi ruam bukan sebarang ruam. Habis betompok-tompok muka baby.

Kesian betul tengok gambar baby yang menderita ekzema. Bila tengok arif gatal-gatal badan, minta garu, rasa macam dah terbeban. Padahal nak dibandingkan dengan anak orang lain lagi teruk. Arif cuma sikit. Dah pandai bercakap lagi senang nak tahu keadaannya.

Allah,, seharusnya bersyukur dengan apa jua kelebihan dan kekurangan dalam hidup yang sementara. Hidup di dunia bagaikan lubang sempit yang perlu dilalui walau dihimpit kesusahan dan kesenangan yang datang. Hidup ini hanya 'UJIAN'. 

"Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar". Surah Al Taghabun,15


Bagimana pula bagi sesiapa yang tak dikurnaikan anak? Itu pun satu ujian. Fahami bahawa hidup ini segalanya adalah ujian. Segala urusan, tiada satupun yang akan terlepas dari pernilaian di mata Maha Pencipta.

Siapapun kita, professional atau sebaliknya, apapun status kita. Telusurilah hidup berpaksikan kalam Allah dan Rasulullah S.A.W. Hidup sampai satu waktu bila mana bertemu 'jalan mati' , tidak tahu arah mana yang harus dituju. 

Disitu, kita sebenarnya dipanggil untuk kembali kepadaNya. Kembali kepadaNya itu satu hari pasti. Sedangkan dunia ini hanyalah  debu dipandangan yang Maha Besar.

Anak, isteri, suami, ibu, bapa semua ini pinjaman dan ujian. Mereka amanah yang 'dikisah' . Kisah yang akan disoal kelak di hari pengadilan. Sedangkan hari pengadilan itu 'BENAR'. Sampai bila 'KEBENARAN' itu hendak kita halusinasikan?



No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.