Friday, 8 May 2015

Dah lama tak demam. tiba-tiba hari ni demam pula. Dari malam tadi sakit tekak, subuh tadi dah confirm 'selsema'. Ini masalah bila 'mama' yang demam. Habis cancel projek nak buat sarapan 'French Toast' bekal untuk en. asben dan kakak.

Tengah hari tadi terfikir nak 'menapau' nasi ayam kat food court sebelah rumah ni. Inilah untungnya rumah sebelah food court, tak larat masak boleh bungkus saja. Tapi,,nak menapak pergi menapau pun tak larat, dah macam mana.

Nak tak nak terpaksalah buat nasi ayam sendiri, barang memang dah ada. Adakah ini ayat minta puji kononnya, tak larat tapi masih masak lunch untuk anak-anak? Huhuhu, demam 37.8` aje, demi anak-anak, mama mana yang sanggup tengok anak lunch roti dengan biskut je.

Tak pergi tapau sebab memang tak larat, masak sebab barang dah ada, tapi segala pinggan mangkuk masih penih dalam sinki. Sekarang taip blog sebab rasa sihat sikit, lepas makan nasi ayam dicampur habbatus sawda. Kebetulan memang beli habbastus sawda malam tadi, terus letak sikit dalam nasi ayam.

Yes, cerita ini yang nak bagitahu rupanya sodap juga nasi ayam letak habbatus sawda, memang sedap dengan aroma habbatus sawda yang wangi.

Mana nak beli habbatus sawda? boleh beli kat kedai jamu, beli yang mentah boleh kita campurkan dalam masakan harian. Khasiat habbatus sawda kebanyakkan orang tahu. Makanan sunnah memang bagus untuk keluarga.

Memasak untuk keluarga nampak macam urusan simple, tapi tanpa sedar disitu 'amanah'. Amanah kepada ibu untuk memasak makanan yang sihat dan bersih. Amanah kecil yang nampak ringan tapi beri kesan mendalam dalam kehidupan dan pembesaran anak-anak.

Kalau anak kerap sakit, check semula cara kita memasak, adakah kita pastikan anak-anak mendapat makanan yang sihat. Permakanana yang sihat dan halal, antara elemen penting dalam kehidupan keluarga.

Disitu ada satu 'amanah' untuk dipikul dan dipertanggungjawabkan nanti. Selagi hayat dikandung badan, sampai masa perlu berfikir berapa banyak yang telah disumbangkan kita sebagai pasangan kepada keluarga.

Kita selalu mengira sumbangan yang diterima, tanpa kita sedar berapa banyak ruang dan waktu yang masih tersisa untuk kita berbakti kepada suami, isteri, anak-anak, ibubapa, adik beradik, saudara mara, rakan taulan, saudara seislam...

Walau tidak semua perkara mampu kita sempurnakan, tapi berusaha untuk berbakti pada orang-orang yang dikasihi di dunia ini, adalah satu 'amanah' walau hanya sekecil 'memasak' nasi ayam.

Masa mengugel terjumpa info dari Dr. Hamid Arsyat cara makan habbatus sawda, bolehla sama-sama amalkan.

Cara makan saperti berikut (habbatus saudda dalam bentuk minyak.
1. Satu sudu teh minyak habbatus sauda, satu sudu teh madu lebah dan juz buah2 fresh segelas. Minum setengah jam sebelum sarapan.
2. Ulang yang sama petang jam 2-3 pm
3. Ulang yang sama sebelum tidur.
Mereka yang telah dibedah buang tumbuhan kanser mereka, cuba amalkan disamping meningkatkan mutu pemakanan kepada yang lebih berkhasiat. Lebihkan buah2 dan sayur2, serta makan multivitamin2 , vit C dan E.





No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.