Friday, 24 April 2015

Terasa lama tak menulis, kebelakangan ni sibuk betul dengan urusan keluarga, ya lah anak-anak makin membesar. Macam-macam ragam.

Tambah pula dengan isu semasa, yang melanda negara, lagilah kekurangan waktu menulis sebab sibuk memberi komen meluah perasaan di fb,kuikui...isu apalah lagi...cuba teka? Ke nak suruh Ahmad Maslan yang teka.

Alhamdulillah, tadi baru balik shopping susu, diapers anak-anak dan keperluan dapur yang mana dah kehabisan stok. Alhamdulillah masih 'kaya' sebab kena bayar GST RM17.00, syukur Malaysia masih aman gitu.

Masa en. Asben tolak troli lepas bayar barang, laju je dia cakap ' Mama, gst kena RM17.00'...terkesima sekejap, sebab bulan lepas kitaorang sempat shopping keperluan rumah sebelum gst. Bulan ni dah tak ada ruang nak lari....jawapan saya cuma 'Speechless!!'

Owh wahai menteri yang menjadi sanjungan para penyokong tegar anda, memang suka buat blog ibu-ibu yang dulu hanya sibuk cerita pasal anak saya comey, anak saya pandai, saya gemuk tak...sekarang tiba-tiba 'transform' menjadi blogger politik, kehkehkeh...

Kalau boleh tak nak la, tukar tema dari blog keluarga jadi blog politik, tapi nampaknya, kesabaranku dah jadi lirik lagu kumpulan Data..."kesabaran ini dipersenda..."

Rm17 hengget berapa la sangat khen...Mai sini ahkak nak membebel, tahukah anda Menteri dan ahli perlimen yang meluluskan GST dengan RM17 tersebut anda telah merampas hak menu makan kami sekeluarga semasa keluar 'shopping'. Dah tak ada maknanya nak makan mee claypot, nasi claypot, western, laksam RM5 di Food Court Tesco, sebab anda telah berjaya kaut dari kami budget tersebut.

Apa susah, nak makan buatlah sendiri lagi jimat, yelah jimat kalau barang nak masak tu tak kena gst, belum lagi masa dan tenaga yang para mak-mak ini nak kena keluarkan untuk membuat hidangan menu baru. Adakah perlu disenaraikan kos untuk memasak 'Mee Sizling' sepinggan. Pinggan claypot pula nak kena pergi cari...jadi tak jadi belum tentu lagi..

Tahukah anda, dengan RM17 yang telah anda rampas dari kami, stok susu anak-anak ku tak cukup sampai lagi seminggu, tunggu gaji baru boleh beli? Sekarang terpaksa selang seli minum air Teh O sahaja, Sudah nya ada nama susu baru sekarang, 'Mama nak susu Teh O'.

Syukur...tetap syukur dalam kesempitan sedikit, nasib rumah yang didiami sekarang selesa, walaupun bukan rumah sendiri, kalau panas ada juga aircond yang boleh dipasang,,nak on aircond pun kena gst juga. Kalau rasa sejuk, ada heater untuk mandi air panas. Ada kucing yang boleh bawa main, ada tanah boleh cucuk tanam, bab kata menteri kpdnkk, warga kota perlu bercuck tanam untuk jimat berlanja dapur.

TAPI, bagaimana mereka yang langsung 'tiada' ataupun sekadar ada? Sejujurnya, 'I'm not crying for myself' but i'm craying for them!'. tak adakah rasa simpati walau sekelumit pada golongan yang fakir? Sudahlah bantuan kebajikan lingkungan RM300 je sebulan, mungkin sekarang dah naik, mungkin!

Bayangkan macam mana diaorang nak teruskan hidup, Allah, sebab kalau tengok 'living cost' dan 'living style' golongan pendapatan pertengahan ni, boleh dikatakan mostly 'Rat Race'. Macam mana golongan yang langsung tak cukup? Brim kan hado...

Bila difikirkan ekonomi negara sekarang, menyesal pula rasanya menyampah subjek ekonomi dulu-dulu, eh sampai tukar kos la, menyampah campur tak mampu nak bawa. Kalau tak rasa nak offer diri je ganti diaorang,,harap pointer je 3.8, dahla nak masuk kerja kerajaan punyalah payah, dah dapat kerja kerajaan jadi menteri, begini pula kejadiannya..

Nasibla labu...maybe i should counting my gst until PRU 14, we will see the result!! ** fenin, income tax kena bayar jg, gst pun kena, zakat lagilah confirm, Owh Malaysiaku...tak tahu patut migrate ke negara mana pula lepas ni. **cess macam aku yang kerja.




No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.