Saturday, 4 April 2015

Tan Sri Jamaluddin Jarjis Nahas Helikopter di Semenyih

Baru terbaca di fb tadi ada helikopter terhempas di Semenyih, ada enam penumpang, tiga mayat dah ditemui, dikatakan juga Tan Sri Jamaluddin Jarjis dikatakan juga antara 6 penumpang.

Beliau juga dikatakan antara mangsa yang terkoban. Takziah.


Biodata Tan Sri Jamaluddin Jarjis

Dato' Sri Dr. Jamaluddin Mohd Jarjis merupakan ahli politik Malaysia dari RompinPahang. Beliau dilahirkan pada 25 Mei 1951 diPekan, Pahang dan meninggal dunia pada 4 April 2015. Kemuncak kerjaya politik beliau apabila dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Pada 4 Ogos 2009, beliau dilantik menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.

Beliau memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan AhmadPekan pada tahun 1958 dan menyambung pendidikan menengah di Sekolah Menengah Ahmad pada tahun 1964 dan Sekolah Menengah Abu BakarKuantan pada tahun 1967. Selepas memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), beliau melanjutkan pelajaran ke University Of Manchester, United Kingdom pada tahun 1971 dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal pada tahun 1974.


No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.