Saturday, 7 February 2015

Mama nak Makan 'Batu' Ma...

Ya Allah Ali, minta nak makan batu dari mama, sabar je la, haha. Sebenarnya nak minta makan 'Asam Boi' ..kesian anakku, umur nak masuk 5 tahun
http://suficreative.blogspot.com/

tak kenal lagi asam boi.


Alahai, ini akibat dari mama yang memang kawal makanan anak. Tapi tulah, kawal tapi tak 'ajar'. Susah juga kan, sepatutnya dalam kita mengawal kita kena terangkan jenis-jenis makanan yang ada. 

Sampai Asam Boi dipanggilnya batu, ini kalau cikgu Tadika dengar, mahu terfikir duduk dalam 'gua batu' manalah budak ni. Kesian...

Makin lama membesarkan anak dengan tangan sendiri ni makin banyak kelemahan yang terbuka depan mata. Bukan senang sebenarnya nak mendidik anak-anak kecil umur bawah 10 tahun.

Bukan sorang pula tu, tapi 4 orang, macam-macam ragam, dalam-dalam 'stress' sikit, nak tergelak pun ada tengok gelagat masing-masing.

Nak marahpun tak jadi, sebab bila fikir balik, budak kecik apalah yang diaorang tahu. Tahu main, makan tidur je ye tak...?

Tak...juga, kalau perhatikan betul-betul umur peringkat kanak-kanak ni, sangat perlukan 'mama depan mata'. Mama jangan pergi mana-mana, duduk sini. Mama apa, itu, ini..Lagi kalau yang bawah dua tahun kalau boleh nak berkepit dengan kita je.

Sesungguhnya...mama akan rindu saat-saat ni bila anak dah besar dan tak akan panggil mama selalu :'


No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.