Friday, 13 February 2015

Biodata Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Terkedu dengar berita pemergian Ulama terkemuka Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Teringat kenangan masa kecil-kecil dengar ceramah beliau di Sg. Gau.

Bila 'time' ceramah seronok betul sebab boleh beli makanan macam kat pasar malam. Biasa dengar nama Tuan Guru Nik Aziz, tapi jarang dapat tengok orangnya.

Dalam hati membebel siapalah yang berceramah ni, cakap bahasa apa, tak faham...pekat dengan dialek Kelantan. Pedulikan yang penting dapat beli keropok lekor dan air sirap.

Itu kenangan zaman kanak-kanak riang, ikut keluarga dengar ceramah. Berpuluh tahun lepas, akhirnya tokoh politik tersohor ini pergi jua...

TAPI...sekian lama, tak pernah sekali ambil tahu biodata beliau, lorr...dalam kepala cuma fikir, beliau zuhud, bekas menteri yang boleh pilih hidup mewah cuma tinggal di rumah kampung. Kita mampu?

Tahu, beliau dihormati boleh dikatakan pelbagai kaum, beliau simbol perpaduan sebenar. Terselindung dibalik gaya hidup sederhana.

Ingatkan beliau sekadar lepasan sekolah pondok,,sekadar? Hakikatnya mungkin ramai orang tak tahu beliau pemegang Master Syariah, dan fasih bahasa Arab.. Allah, betapa gaya hidupnya menenggelamkan segala kemegahan ilmu, harta dan kemewahan di dunia ini.

Melihat beliau, sudah terdakwah, apalagi bagi mereka yang beruntung mengenali beliau dengan lebih dekat. Damailah disana Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Al Fatihah untukmu dan arwah Aki, Ayah We serta abahku yang  menyanjungimu semasa hayat didunia ini.

Biodata


Dilahirkan pada hari Sabtu 10 Januari 1931 di Kampung Pulau MelakaKota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).
Nik Aziz sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya.[3] Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.
Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.

Pendidikan

Nik Aziz mendapat pendidikan awal dari ayahnya sendiri, Tuan Guru Haji Nik Mat Raja Banjar di kediamannya di Pulau Melaka. Beliau memiliki kelulusan dalam bidang Sarjana Perundangan Islam daripada Universiti al-Azhar di Mesir.[4] Ketika belajar, beliau pernah menjadi salah seorang saksi kepada Perang Arab-Israel.[perlu rujukan]
Beliau juga pernah belajar di:
Beliau juga mampu berkomunikasi selain Bahasa Melayu seperti bahasa ArabUrduInggeris dan Tamil.[4]
Sumber; Wikipedia


No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.