Monday, 12 January 2015

Cara Buat Sardin dalam Tin



Salah satu  lauk 'faveret' anak-anak, sambal sardin. Tapi kalau kerap makan sardin dalam tin tak berapa baik untuk kesihatan.

Bahan pengawet dalam sardin dikatakan boleh melemahkan ingatan. Bagi budak-budak memang sangat tak sesuai untuk pembelajaran.

Jadi, jom buat sardin ala dalam tin sendiri. diy. Sedap. berkhasiat dan sihat. Bukan anak-anak je yang suka, mama abahpun sama suka..


Bahan-bahan

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji tomato saiz besar -masak ranum
2 sudu besar sos cili
6-8 ekor ikan sardin/selayang/kembung
gula
garam ~secukup rasa
minyak untuk tumis
Air untuk kuah


Cara buat;
Kisar semua bawang besar, putih dan tomato -tunggu sampai naik bau
Panaskan minyak dalam 'pressure cooker'
Tumiskan bahan kisar
Masukkan gula,garam, dan sos
Masukkan air
Tunggu mendidih dan masukkan ikan
Tutup periuk dan masak minimum 30 minit, untuk lembutkan tulang perlu rebus lebih lama.


Bagi anda yang tak ada 'pressure cooker' boleh beli disini, ada banyak brand, tapi saya suka cadangkan Butterfly sebab brand ni dari zaman dulu lagi dah wujud,





No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.