Tuesday, 2 December 2014

Pam Susu Ibu Yang Bagus (Breastpump)

Bila dah dekat nak bersalin mesti terfikirkan pam apa nak guna untuk simpan susu nanti. Terutama bagi ibu yang bekerja tapi rancang nak menyusukan baby secara eksklusif.

Bila sebut cara eksklusif maksudnya baby diberi susu ibu sahaja tanpa campur dengan susu formula * susu lembu atau kambing yang dirumus khas untuk bayi atau anak mengikut peringkat umur.

Usaha nak bagi baby minum susu ibu sepenuhnya memang usaha yang murni, sebab bukan semua ibu yang bernasib baik dapat menyusukan anak sendiri.

Kadang-kadang kilang je yang besar tapi pengeluaran kurang, pada ibu yang menyusu bayi mesti faham apa yang mama maksudkan ,,kan..

Susu ibu ni pun sebenarnya rezeki juga, andai kata rezeki tak ada atau kurang jangan putus asa atau kecewa sampai rasa diri tu tak 'berguna' pula. Usaha sampai sukses insya Allah mana tahu lepas ni susu bertambah.

Makan makanan penggalak susu dan cari pam yang terbaik untuk pastikan masa mengepam susu, miss B tak sakit dan susu keluar dengan mudah. Pam susu ni ada macam-macam jenis dari yang manual, pakai bateri dan elektrik.

Kalau nak excersive tangan boleh pilih yang manual, kalau nak cepat dan jimat masa boleh pakai elektrik, kalau senang nak bawa ke mana-mana boleh pakai yang bateri.

Jenama Pam Susu Ibu (Breastpump) di pasaran,

1. Spectra 3/M1
2. Medela
3. Pureen
4. Snow Bear
5. Lacte
6. Eve Love
7. Malish
8. Rumble Tuff- Serene Express
9. Avent
10. Bliss
11. Snug Melody
12. Marvel
13. Tollyjoy
14. TrueeLuv



No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.