Sunday, 7 December 2014

Bacaan Normal jaundis

Siapa yang pernah ada baby yang kena jaundis mesti agak risaukan, lagi kalau baru kali pertama berhadapan dengan anak kuning ni.

Samalah sekarang si Ahmad pula kena prolong jaundis, dah 31 hari bacaan kuning last hari tu 11.4mg/l. Bacaan makin naik pula, ingatkan makin turun sebab halia, lada hitam ,jamu memang pantang.

Rupanya tak boleh ikut warna kulit baby, muka baby walaupun tak nampak kuning, tak tentu bacaan darahnya ok. Sebab tu bila en. asben cakap baby nampak macam tak kuning, tak tahu nak cakap apa. huhu..

Sebab banyak kali dah kena, muka nampak ok, bacaan darah tak ok, sabar je la. Oleh sebab dah ada pengalaman masa Arif kena jaundis tahun lepas, kali ni agak tenang sikit rasanya, tak macam dulu asyik kerisauan je.

Fakta penting yang perlu kita tahu tentang jaundis (kandungan bilirubin dalam darah)

1. Bacaan normal jaundis - 5mg/dl @ 85 umol/l

2. Bacaan jaundis sederhana - lebih 5mg/dl atau 100umol/l - pantauan/check darah di klinik sahaja

3. Bacaan jaundis tinggi - 21 mg/l atau 395umol/l - perlu rawatan fototerapi di hospital

4. Bacaan jaundis sangat tinggi 28mg/l atau 428umol/l - Risiko permindahan darah / exchange transfusions

Secara umumnya, untuk kiraan bacaan jaundis ni bergantung pada klinik atau hospital ada yang guna unit mg/l, ada juga yang guna unit umol/l. untuk tukar dari unit mg/l perlu di darab 17 = umol/l

Jadi, selagi kadar jaundis baby masih di tahap bawah paras tinggi, ibu tidak perlu terlampau risau. Cuma perlu pegi klinik untuk check darah baby macam yang doktor pesan.

Untuk prolong jaundis, yang melebih 14 hari usia baby baru lahir, biasanya doktor akan buat ujian darah dan air kencing untuk tahu punca jaundis berpanjangan.


1 comment:

  1. Terima kasih kerana berkongsi informasi.

    Anak kami last year pun kena jaundice,,,baru lahir jaundice reading lebih kurang 280, doctor suruh masuk wad. Memang pening, isteri baru bersalin dah kena masuk wad. NAsib baik ada kawan baritahu ada website (http://www.hometherapyy.com) tel : 0123404007 menawarkan khidmat menyewa mesin LED PHOTOTHERAPY. Kami buat rawatan kat rumah…selesa dan selesai masalah. Lepas 3 hari turun to normal 150….ALHAMDULILAH . Kemudahan TUHAN bagi dengan teknologi sekarang dapat membantu mereka yang memerlukan dan selamat.

    ReplyDelete

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.