Sunday, 30 November 2014

Tanda Ibu Mengandung Perlu Rawatan Segera di Klinik atau Hospital

Salah satu aktiviti mama masa dalam pantang ni baca masalah-masalah ibu mengandung dalam group FB, macam-macam masalah yang ada, seronok membacanya, sambil berkongsi sikit pengalaman yang ada dapat juga tambah info baru mengenai kehamilan.

Antara soalan yang biasa ditanya yang mama perasan lah, tanda-tanda waktu nak bersalin dan masalah ibu mengandung yang patut pergi ke hopital.

Bila mama terbaca, mama terfikir rasanya dah ada maklumat dalam buku merah, mungkin ibu-ibu terlepas pandang info penting ni.

Jadi, sini mama tulis semula tanda-tanda atau 'guide line' yang kkm dah bagi pada kita, lepas ni kalau ada ibu yang ada masalah seperti yang tersenarai, jangan fikir panjang patut atau tak, pergi je dapatkan rawatan segera ke klinik atau hospital ya. 

Info akibat tu mama tambah sendiri untuk lebih penjelasan, setakat apa yang mama tahu je la..

1. Demam yang tinggi - (38c ke atas)
2. Loya dan Muntah yang teruk  (akibat dehidrasi atau kurang air dalam badan)
3. Sakit perut yang luar biasa (cirit birit)
4. Pucat
5. Letih lesu
6. Sesak nafas
7. Sakit Kepala
8. Penglihatan kabur
9. Sakit Ulu hati (akibat gastrik/ependik/batu karang dalam hempedu, usus dll)
10. Kaki bengkak (tombrosis atau urat kaki ada darah beku)
11. Tiada peningkatan berat badan
12. Peningkatan berat badan berlebihan.
13. Pembesaran rahim tidak sepadan dengan jangkamasa kehamilan 
14. Janin kurang bergerak atau kurang aktif 
15. Pecah mentuban sebelum cukup bulan ( keluar air sikir-sikit atau banyak)
16. Sakit bersalin sebelum masa(Contraction)
17. Darah keluar dari faraj (tumpah darah) *kalau keluar sikitpun pergi hospital
18. Jantung berdebar-debar
19. Tidak berdaya melakukan kerja rumah biasa atau rutin harian.


Ok, yang tulisan warna merah tu maksudnya tanda-tanda yang biasa ibu-ibu mengandung alami, harap dapat membantu ibu-ibu dalam buat keputusan nak pergi ke klinik/hospital kelak.

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.