Thursday, 20 November 2014

Pengalaman bersalin di hospital serdang 2014

Bagi ibu yang dah dekat tarikh bersalin sekarang mesti tengah berkira-kira nak bersalin di hospital mana kan, terutama yang duduk area kl ni, kalau nak bersalin di hospital kerajaan antara yang biasa kita dengar antaranya hospital serdang.

So far,mama dah pernah bersalin di hukm,hospital ampang dan yang terbaru hospital serdang.
Boleh dikatakan mama dah familiar dengan wad bersalin hospital serdang sebab sebelum bersalin 2 kali warded kat sana. Termasuk  warded lepas bersalin kiranya 3 kali dah masuk wad.

Masa mula rasa contraction kat rumah,mama memang dah set selagi tak turun tanda mama tak nak pergi hospital. Bukan apa, macam yang sebelum ni masuk wad sebab contraction pun, baby tak keluar juga hehe. Jadi walaupun sakit agak kuat,mama tahan je kat rumah.

Petang 6 Nov 2014, confirm dah ada turun darah, baru cakap dengan en.asben dah boleh pergi hospital. Itupun tak adalah rushing,sebab mama dah jangka kalau baru keluar tanda maknanya bukaan baru dalam 3 ke 4cm gitu.Sambil kemas barang sendiri dan baby untuk warded, tengok jam dah dekat 12 lebih malam, baru gerak ke hospital dengan en.asben.

Contraction masa tu memang dah regular dan konsisten, memang mama budget akan bersalin subuh. Risau juga kot baby keluar awal sebab tahun lepas baru lahirkan arif. Orang tua kata laluan dah ada,alhamdulillah,  sampai di Patient Assesment Center (PAC) dalam jam 1.20, rasa nak bersalin tu belum ada,cuma contraction makin kuat.

Lepas daftar di kaunter kena tunggu dulu nurse panggil nama untuk masuk dalam. Dekat jam 2 pagi baru nurse panggil nama, masuk je dalam nurse ambil tekanan darah,suruh kencing dan tanya sebab apa datang, cakap pada nurse dah turun darah.

Nasib baik, bila tengok ada katil kosong untuk ctg, biasa hospital serdang ni katil nak buat ctg pun selalu penuh, dalam hati tak ramai orang malam ni lega. Lepas check ctg dalam masa 30 minit, nurse suruh tunggu di bahagian sofa menunggu bilik sebelah. Jalan dengan yakinnya mesti tak ramai orang, yela kan pagi buta berapa orang je nak bersalin.

Sekali sampai kat ruang menunggu,,kau....sofa penuh,haha situ je dah ada 11 orang mama yang tengah tunggu giliran nak bersalin... Huhu, nasiblah ada satu sofa yang kosong...kalau tak kena tunggu sambil berdiri gamaknya..

Owh,untuk info, bagi ibu yang nak bersalin waktu menunggu bersalin memang tak disediakan katil,jadi nak tak nak kena duduk di sofa sahaja. Selesa atau tak terpaksalah tahan perasaan, kesian sebenarnya bila tengok ibu-ibu yang nak bersalin tahan sakit cuma duduk di sofa.

Tapi tak boleh cakap apa sebab memang itu je kemudahan yang mampu kerajaan bagi untuk ibu yang nak bersalin,katil di wad memang tak cukup, sampai mama terfikir untung jadi panda, bilik tidur siap ada aircond lagi hehehe.

Dalam 20 minit menunggu, mama rasa tak tahan dah duduk lama-lama, dengan selambanya mama pergi jumpa doktor,minta izin nak baring kat katil ctg, doktor tengok muka,,owh, akak ye, boleh,boleh...

Dapat lah baring sebab ada special kes. Kebetulan doktor yang incaj ingat lagi kat mama ni,pasal sebelum tu mama baru je discaj dari wad o&g setelah 6 hari warded. Kes apa? Lain kali citer ye...

Contraction masa tu dah makin kuat,, doktor pula tak datang-datang buat ve, dalam hati tertanya juga pasal la doktor tak datang check,,mama jenguk rupanya doktor check ikut fail, fail mama pula antara yang ujung sekali haha. Patut lah....

Masa dok tergolek-golek atas katil tahan sakit,nurse datang tegur sakit sangat ke,, cakap memang sakit sangat nurse, tapi ve tak buat lagi...nurse bagitahu doktor, doktor sibuk pula check ibu lain, dah nak kata apa, seorang je doktor yang incaj masa tu...patient dekat 20 orang...kesian...

Kesian juga kat doktor tapi mama dah berapa jam tahan sakit,doktor masih tak datang cek ve,ubat berak pun tak bagi lagi, darah pun belum ambil,baju pun x tukar lagi...mungkin muka mama macam orang tak kritikal sangat kot...huhu.

Nurse tegur lagi, sakit sangat ke haha,mama cakap bukan setakat sakit je nurse, ni dah rasa nak terberak dah...barulah doktor datang buat ve. Check laluan,tengok dah 7cm. Dengan pantas nya,nurse pun call labour room,bagi baju, suruh tukar kat labour room je, dan mama disorong ke labour room. Otw ke labour room nampak en.asben dah siap pakai plastik apron iring mama ke labour room, tengok muka en.asben,kurang sikit sakit hehehe.

Sampai labour room, sempat lagi terfikir,wah besarnya. Dalam tu memang ada satu katil untuk bersalin, suami memang digalakkan teman isteri masa bersalin. Tak lama doktor dan nurse yang incaj datang buat ve dan pecahkan ketuban.

Lepas je pecah ketuban,tengok air ketuban dah Light mekonium, baby dah berak sikit dalam perut, masa tu rasa baby nak keluar,doktor cakap baru 8cm, jangan teran dulu...sempat pula doktor pergi check patient lain, nurse pun tak ada, hanya en.asben je ada kat sebelah suruh sedut gas entonox untuk tahan sakit.

Tapi pelik pula rasa contraction kali ni tak macam masa sebelum ni,mama tak berapa rasa nak sedut gas,sebab interval contraction tu lama sikit,sakit tak melampau.

Tak sampai 15 minit baby dah keluar kepala,apa lagi en.asben terjerit panggil doktor,,siap doktor cakap ala kenapa tak tahan dulu,kalau tak mesti tak ada luka,,tak sempat doktor nak tolong,,nasib 1st degree tear je huhu. Alhamdulillah nurse yang jahit lemah lembut sangat dan yang pasti jahit dengan bius,lega sangat rasa.

Yalah macam mana doktor nak tolong, seorang doktor nak kena incaj sampai 3 atau 4 labour room,terkejar-kejar doktor sana sini, selalu kita dengar labour room penuh kan kat hospital serdang, tapi bila kita duduk dalam baru kita tahu,labour room banyak yang kosong, sebab tu dipanggil dewan bersalin,bayangkan dewan besar mana....masalah utama bagi pendapat mama, hospital memang tak cukup kaki tangan bekerja terutama doktor.

Apapun tepat jam 6 pagi,subuh Jumaat 7 November 2014, lahirlah putera yang ke 3, alhamdulillah proses bersalin dipermudahkan, syukur sangat. Oleh sebab katil dalam wad penuh, terpaksalah mama tunggu di labour room ditemani en.asben, patut lah asben digalakkan teman isteri masa bersalin,sebab sementara nak tunggu dapat katil kat wad, boleh lah asben tolong tengok kan isteri yang masih lemah baru lepas bersalin, sebab nurse dengan doktor memang tak ada masa nak datang tengok selalu, tak macam di wad.

Dekat jam 6 petang baru ada katil kosong, dapat lah mama dihantar ke wad,selepas hampir 12 jam menunggu. Bagi mama ok walaupun kena tunggu lama,sebab mama dah faham sangat keadaan wad memang sentiasa penuh. Labour room pun selesa,makanan disediakan. 

Sebab tu kalau ibu yang datang bersalin kat sini, kalau tak ada masalah kritikal untuk bersalin memang susah dapat katil di wad,hospital akan utamakan katil untuk ibu mengandung yang bermasalah dan ibu lepas bersalin.

Dari pengalaman mama pernah warded seminggu di wad,memang katil kalau kosong je terus kena booking untuk kes-kes ibu yang lepas bersalin. Disini mama rasa wajar jugalah diutamakan ibu yang lepas bersalin,sebab lepas bersalin ibu memang perlukan rehat,terutama kes lahir ceaserean. Tapi kalau disediakan kemudahan katil untuk ibu sebelum bersalinpun lagi bagus ye tak...

Apapun bagi ibu-ibu yang nak bersalin di hospital serdang, atau hospital kerajaan yang lain, anda mesti kena banyak bersabar atas sebarang kekurangan dan sentiasa bersyukur kerana mendapat kemudahan. Alhamdulillah mama syukur sebab mendapat layanan yang sangat baik dari nurse dan doktor disana.

KLIK - Baby baru

9 comments:

  1. salam kak, dr yg sambut baby tue laki ke ppuan? Sbb kwn sy bersalin, nurse ppuan je yg sambut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betul.. sy bersalin di hosp serdang jun 2014 pn nurse ppuan sorg je yg sambut..

      Delete
  2. Wsalam, doktor perempuan. Biasanya ikut doktor yang bertugas malam tu, sebab satu doktor incaj lebih dari sorang ibu, macam akak doktor yang sama incaj lebih 1 labor room. Terkejar-kejar dia.

    ReplyDelete
  3. Salam.. Tahniah ats kelahiran bayi puan.. Sy slh sorg staff LR d HSDG :) andai ada tersilap/tkasar, harap ampun maaf la ye..
    Www.chemisi.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Misi, so far tabik dgn anda yg berkerja dlm labour room, first time sy rasa baring atas katil yg ditolak dgn kelajuan anggaran 5km/jam hihihi. btw semoga mendapat rahmat diatas tugas yg sgt mulia. Membantu org yg sakit, budi baik dikenang jua.

      Delete
  4. Salam puan...sy en.asben kpd isteri sy.. Sy dlm dilema..utk 1st baby kami.. Nk bsalin di hukm atau spital serdang... Puan ada pglmn ngn dua2 spital ni. Bole x share pndgn atau nasihat kt sy.. Tlg ye.. ;)
    Terima kaseh puan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, jika en. kerja gomen boleh pilih hukm utk bersalin, sana kurang 'sesak' nk banding serdang, klu kerja swasta kena byr spt mana kos yg diberi, cuma hukm kena booking sblm nk bersalin. bagi servis masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri, so far bg sy dua2 pun ok.

      Delete
  5. alhamdulillah,dpt bersalin ngn doc perempuan mmg rzki..setiap kelahiran lain2 kan

    ReplyDelete

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.