Friday, 28 November 2014

Berpantang macam Tak pantang

Hari ni agak meletihkan, baru terasa badan belum betul-betul sihat. Mungkin akibat dari minum mango ais masa bawa budak-budak makan kat uncle Jack. Terpaksa minum sebab itu je air yang ada,terlupa pula nak pesan masa order jangan letak ais.

Tak pernah lagi sepanjang berpantang sebelum ni minum ais,ha kali ni pecah rekod. Bukan sebab suka,tapi memang tak ada pilihan, bekal air botol pula tertinggal di rumah sebelum pergi klinik tadi...

Nasiblah berpantang sendirian, mak cuma boleh jaga 18 hari je,itupun nak mujur boleh jaga bab kata orang tua. Kalau tak berpantang sendirilah dari awal bersalin. Nak harapkan en.asben pun dah tak boleh sebab cutinya dah habis masa jaga arif di wad 2 minggu. Huhu apa boleh buat.

Kalau ikut hati malas nak keluar,maklumlah baru 21 hari berpantang, tapi tak ada pilihan juga sebab baby ahmad kena prolong jaundis. Memang kalau baby dapat kuning berpanjangan lebih 14 hari, terpaksa lah ulang alik ke klinik selang sehari. Hari tu ada mak boleh lah drive kereta,kali ni nak tak nak kena drive sendirilah jawabnya.

Lepas ambil darah baby di klinik, terus bawa kakak dan ali check gigi. Sementara tu Arif dengan baby anak saudara tengokkan kat luar. Lega sikit ada anak saudara yang boleh tolong,itupun sebab cuti sekolah,kalau tak siapalah nak di  harapkan, terutama nak uruskan arif yang baru umur setahun setengah. Dah le bobot yang sorang ni hehe.

Petangnya terus drive pula ke hospital serdang bawa baby untuk ambil sampel air kencing, sebab kes prolong jaundis baby dah kena refer hospital, minggu lepas dah ambil darah dan air kencing. Tapi air kencing containminated,so hospital call suruh repeat ambil air kencing.

Sampai rumah tadi, terus telan sebiji maajun petani,ikutkan tak boleh makan jamu atau herba,sebab baby kuning, terpaksa makan juga sebab tak nak dapat penyakit lain pula. Al maklumlah bila berpantang macam orang tak pantang ni, kalau badan lasak sangat nanti habis tempoh pantang badan masih tak kuat. Lagi susah nak uruskan keluarga.

Tak sabar rasanya nak habis pantang, sebab rasa banyak sangat urusan yang belum selesai. Banyak lagi urusan yang nak dibuat...alahai...sabar sahajalah hati.

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.