Sunday, 19 October 2014

Contraction 33 minggu mengandung

Alahai perkara yang mama dok risau jadi juga,baru je kena warded di wad bersalin sekarang,  contraction dah mula dari subuh tadi sampai sekarang tak berhenti, on off, 

Sebenarnya sakit ni dah rasa dari minggu lepas,tapi mama tahan je sebab sakit sikit-sikit. Tapi kali ni terpaksa juga pergi hospital sebab rasa baby kurang aktif.

Mula fikir nak pergi hospital serdang lagi, tapi susah pula tak ada orang nak tengok budak 3 orang ni,jadi buat keputusan pergi ke hospital kajang ajek.

Sampai PAC,  nurse minta buku merah, tak sampai 15 minit nurse suruh kencing dan baring kat katil untuk check BP. Dalam hati cepat juga, kebetulan ada seorang je yang menunggu, macam dah siap check itu yang cepat agaknya.

Sementara tunggu doktor datang tengok,nurse check dulu keadaan contraction guna jari,pelik juga,nurse tak buat ctg ke, ini kali pertama nurse tak buat ctg baby,ada juga tanya, nurse cakap ctg diaorang cuma buat masa kandungan 34 minggu ke atas je...

Owh,gitu pula, lain hospital lain prosedur nya kan, masa nurse check contraction guna tangan, memang dapat rasa yang ada contraction, dalam 10 minit. Dah siap, nurse suruh tunggu untuk doktor buat ve pula. Tengok kot jalan dah buka.

Nasib baik lepas doktor buat ve, jalan tak buka lagi,kalau tak memang dah bersalin sekarang. Masa scan doktor makin confirm yang ada contraction, memang kena tahan wad la untuk berhentikan contraction.

Oleh sebab kandungan baru 33 minggu, kalau bersalin dapat baby pramatang lagi lah jawabnya, bukan tu je, masalah sekarang hospital pula tak cukup alat bantuan pernafasan/ventilator untuk sambut baby pramatang.

Masa kat wad doktor awal-awal bagitahu kalau ubat tahan contraction ni tak berjaya, mama kena transfer ke hospital lain yang ada ventilator untuk bersalin,alamak makin cuak  lagi bila dengar tak boleh bersalin kat kajang,

Fikir punya fikir sebab doktor kata kemungkinan nak transfer ke Manjung atau teluk intan,  mama request transfer ke Kuantan, baik balik negeri sendiri. Lagipun kebetulan mak pun memang ada kat Kuantan sekarang, senang sikit nak berurusan.

Nasib agak baik, contraction berjaya dihentikan dengan makan ubat, lega rasa, sekurangnya boleh bagi masa untuk baby matang lagi dalam perut sebelum keluar.

Bila pakar tanya nak keluar x wad,laju je mama jawab nak, sebab walaupun baru semalaman duduk wad,hanya Allah je yang tahu betapa tak selesa nya kat sana... Huhuhu


No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.