Tuesday, 14 October 2014

Arif kena sawan demam panas - Febrile Seizures

Kalau kenang kan masa arif kena demam ni, memang rasa x percaya, bermula dari demam sampai 3 jenis penyakit arif terpaksa lalui. Mahu tak 2 minggu berkampung di wad padeatrik hospital kajang. 

Mula demam di rumah, ingatkan demam nk tumbuh gigi,tapi memang gigi bawah tu macam nak keluar.



Jerlum kepala dengan kain basah, dah macam pakai serban jadinya, suhu panas sangat sampai 39`c, kain cepat kering lagi,itu yang lilit terus, senang....

Arif dah mula menggigil, masa ni dah jam 3 pagi lebih, suhu badan tak turun-turun walaupun dah masuk ubat bontot/sup.

Bawa mandi air suam,  tak lama lepas mandi  kena sawan pula, kejang satu badan,biru muka, nafas terputus-putus, mama rasa nak pengsan tengok, jerit-jerit nama arif suruh dia sedar,ya Allah rasanya macam nak putus nyawa,berdebar nya Allah sahaja yang tahu perasaan masa tu...tapi masih boleh tahan,tak lah menangis.

Wad  kecemasan, demam dan sawan diklasifikasikan sebagai separa kritikal, masa ni mama tunggu di luar wad,sebab hanya Sorang je penjaga boleh duduk dalam.

Dalam hati risau kan arif, risaukan juga abang kakak nya yang tengah tidur kat rumah. Manalah nak bawa pagi-pagi buta dengan diaorang tengah nyenyak tidur. Lagi kelam kabut nak 'drive' ke hospital.

Mula fikir nak pergi ke hospital serdang, sebab memang arif dah ada rekod kat sana,tp jauh pula dari rumah, Teringatkan klinik kesihatan hulu Langat katanya terima kes kecemasan, pergi-pergi tengok tutup...

Bincang-bincang dengan en.asben on gps, terus kepada hospital kajang,sebab situ je hospital yang paling dekat. Nasib arif pun dah tak sawan tapi badan masih lemah...

Lepas masuk air dan tunggu keputusan darah, doktor kata darah ok dan boleh balik ke rumah. Sampai rumah dah dekat jam 7 pagi, mama memang dah tak larat, tidur sekejap, dalam 8 lebih macam tu, en.asben dah jerit mama Arif sawan lagi, masa ni terus bangkit tengok Arif lagi teruk dari sebelumnya, air mata memang dah tak boleh tahan, mungkin campur kepenatan, mama pula yang menangis macam kena sawan.

En. asben suruh bertenang dan kita orang pergi semula ke hospital Kajang, sampai 'emergency' memang doktor tak tanya banyak, doktor padeatrik terus minta Arif masuk wad. Sebab dua kali kena serang sawan.

KLIK- Info Sawan demam/Febrile Seizures

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.